22 March 2021

SCANDAL DEPAN RUMAH - HANI FAZUHA




Kembali semula ke daerah yang telah lama ditinggalkan, bermaksud kisah silam yang cuba dilupakan akan tersingkap kembali. Tapi demi ibu, Aina redah juga.

“Saya masih cintakan awak, Aina. Saya sanggup berpisah Maria.” – Fiqree

“Kau jangan nak buat dosa kering, scandal dengan laki orang.” - Zahran

Fiqree adalah kisah silam Aina. Lelaki kayangan anak jiran depan rumah. Dan Zahran pula, anak jiran sebelah rumah, lelaki yang tahu rahsia kisah cinta mereka.

“Abang ikut adat. Nak anak, kena minta izin dengan ibunya.” - Qalam

Mohd Qalam pula, anak penghulu kampung, jiran belakang rumah yang muncul menambah perisa. Hidup Aina terus jadi kucar-kacir. Tak cukup dengan itu, peristiwa paling buruk tiba-tiba melanda dirinya. Dan tanpa disangka, Zahran
hulurkan untuk membantu.

“Mak aku yang nak aku kahwin dengan kau.” - Zahran

“Yang nak hidup dengan aku tu, kau. Bukan mak kau.” - Aina

“Hidup jer la macam biasa. Tak mati pun kalau kau kahwin dengan aku.” - Zahran

Betul, memang tak mati pun kalau kahwin dengan Zahran. Tapi Aina boleh mati berdiri dengan mulut bisa lelaki itu.

Memilih Fiqree, bermaksud Aina akan digelar perampas seumur hidup. Memilih Qalam, bermaksud Aina akan hidup dengan menelan hati sendiri. Dan memilih Zahran, Aina mungkin akan sentiasa lari balik ke rumah ibu.

“Aku ni nampak macam anak mak sangat ke sampai kau fikir aku buat semua perkara sebab mak?” - Zahran

Di akhir cerita, hanya bahagia yang Aina mahu. Tapi siapakah sebenarnya yang mampu memberi bahagia itu?
 

10 March 2021

Kenzi X Embun - Anna Lee

 


Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah. “Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. “But with one condition.” Matanya merenung serius. “Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi. “Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah? Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?

15 November 2020

Yang Kau Dustakan - Hani Fazuha

 


“Kenapa kau setuju, Zehra. Kau tahu aku cintakan Yana, kan?” – Haqeef.

“Aku tak diberi pilihan untuk tak setuju.” – Zehra.

Mereka saling kenal tetapi tidak saling cinta. Apabila tiba-tiba disuruh berkahwin, keadaan jadi huru-hara. Perang dunia tercetus.

“Berapa kau tuntut dari daddy aku untuk kau setuju kahwin dengan aku?”- Haqeef

“Kalau boleh aku nak tuntut seluruh harta keluarga kau. Tapi, itu aku belum buat lagi.”- Zehra

Berdepan dengan Zehra versi baru, stres Haqeef jadi berganda. Ditambah pula dengan kerenah orang ketiga.

“Antara aku dan Qeef, kau adalah orang ketiga, Zehra.” Liana.

“Kau jangan cakap kau tak tahu aku cintakan kau sejak dulu, Zehra.”- Haddie.

Tiba-tiba saja istilah orang ketiga jadi berkecamuk. Mereka semua bersahabat. Liana yang Haqeef cinta, tapi Zehra yang Haqeef kahwini. Haddie yang cintakan Zehra tapi Haqeef yang Zehra kahwini.

“Berapa Haddie bayar kau? Atau.. satu pakej nanti dia kutip kau jadi isteri dia bila kau tuntut cerai dari aku?” – Haqeef.

“Akan tiba masanya, kalau ada jodoh aku dengan dia, aku akan hantar kad jemputan pada kau.”- Zehra.

Pergaduhan tanpa henti, cemburu tanpa sedar. Apakah akhir perkahwinan mereka adalah perpisahan atau ada bahagia di penghujungnya? Atau... Mungkinkah di akhir cerita, Zehra akan jadi milik Haddie dan Haqeef menjadi milik Liana?

‘Haqeef...Pilihlah dia yang pandai memaafkan kamu walau sebesar mana pun silap kamu.’

‘Zehra... Pilihlah dia yang akan sentiasa ada dan akan memeluk kamu walau saat hati sedang kepanasan.’ 

02 September 2020

Sentuhan Kecundang

 

Arlina yang penuh misteri, itu yang Zarief rasa. Tapi bagi Hafif, siapa pun Arlina, wanita itu tetap istimewa di hatinya. Cuma, saat Arlina hadir sebagai isterinya, dia belum bersedia.
Dan ketika Arlina minta dilepaskan, dia akur.

“Abang pilih untuk penuhi permintaan Linn. Tapi Linn tak boleh paksa abang untuk lepaskan Linn dari hati abang....” Nafas Hafif tarik panjang.
“Someday, no matter how, I’ll find you.”
Arlina telan liur mendengar sumpah janji Hafif. Andai Hafif kembali, mahukah sekali lagi dia pertaruhkan hatinya pada lelaki ini?

Hafif yang penuh rahsia dan Zarief yang lebih banyak diam dari bersuara. Hafif yang pernah menjadi suami dan Zarief yang mahu menggantikan tempat adiknya.

“Alonggg...”
“Panggil saya Zarief. Jangan panggil Along lagi. Sebab panggilan tu akan mencipta jarak antara kita.” Zarief memintas.
Arlina terus terdiam.
“Atau, kalau nak mesra lagi, panggil sayang.”

Mampukah seorang Arlina membuat pilihan apabila yang disajikan di depan mata adalah dua lelaki yang lahir dari rahim yang sama?

Hidup ini bukan hanya tentang apa yang orang lain fikir dan apa yang orang lain mahukan. Tapi yang lebih penting dari itu, apa yang kita fikir dan kita mahu untuk diri sendiri.

27 August 2020

Diva - Emy Roberto


 Diva ; Gadis yang menjadi ‘everyone’s favourite’ di tempat kerja. Jenis yang tak payah ‘trying hard’ untuk meraih perhatian.

Dani ; Anak bos yang mengambil alih syarikat abah sementara abah bercuti panjang. Tipikal bos yang dibenci sebab selain muka handsome, tak ada yang menarik tentang Dani.

Awalnya tak ada yang manis dalam kisah mereka berdua. Hanya setakat hubungan seorang majikan dan pekerja.

“Malaysian bosses have no right to WhatsApp staff after working hours. Highlight yang sangat interesting, sebab tu saya tanya awak ada baca ke tak because it reminds me of you.” - Dani

“Bos, itu saya dah lama tahu. That is why I didn’t have any intention to reply your message after working hours.” - Diva

Tapi betullah apa yang Dani dengar sebelum ini, memang Diva jenis yang menarik hati semua orang termasuk dia.

“You annoy me more than I ever thought. But I want to spend every irritating moments with you.” - Dani

Ingin memiliki Diva dan ingin menjadi yang terbaik untuk Diva. Itulah nekad Dani. Tapi… boleh ke?