Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

19 July 2013

Khadijah : Kisah Cinta Sejati Rasulullah - Abdul Mun'im Muhammad



Uhh.. aku memnag ambil masa yang lama utk habiskan buku ni.. x tahu kenapa.. hehhe.. mungkin sbb sedikit lemau membaca buku ilmiah.... 

bila baca buku ni, terasa Khadijahlah wanita yang wajib dijadikan contoh oleh para wanita. wanita yang menyejukkan hati suami. yang sentiasa didambakan oleh para suami...

bertuahnya dirimu Khadijah, kerana sentiasa dirindui sang suami walaupun telah tiada di dunia ni.
bertuahnya dia kerana melahirkan anak-anak Muhammad S.a.w. 

Tabah dan sentiasa menjadi tulang belakang nabi dalam setiap perjuangan dalam menegakkan Islam...
al-fatihah..

11 June 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Akhir2 ni, aku asyik terjumpa blog milik para isteri yang kehilangan suami tercinta. rasa sayu menyusuri setiap kali membaca bagaimana ketabahan dan pengalaman mereka semenjak kehilangan separuh daripada nyawa dan cinta hati mereka. namun, pujian harus diberikan kerana mereka sememangnya tabah dan bangkit demi anak-anak. selain daripada amanah, anak-anak juga menjadii pengubat rindu kepada arwah suami masing-masing.