15 January 2013

Andai Itu takdirnya - Siti Rosmizah

Ulang baca kali ke berapa ntah... tapi emosi tetap sama... cuma, x derlah mcm dulu2... sampai berair hidung.. may be sebab kali ini x concentrate sgt... tapi air mata tetap bergenang... nak2 masa pemergian Arwah Danish...
mengisahkan keperitan Aleya apabila memendam rasa kerana menyintai anak orang kaya. namun, kerana sedar akan kekurangan diri, dia hanya mampu mneyintai dalam diam. baginya, cukuplah sekadar dapat melihat orang yang dia sayang tu bahagia.

sekembali dari belajar di luar negara, Aleya mendapat tawaran kerja. Pada mulanya, niat asal mahu menolak kerana tidak sanggup bekerja dengan orang yang dia cinta iaitu Syed Aizrill.Tanpa diduga, Syed Aizril mempunyai niat jahat untuk memalukan Aleya kerana Aleya pernah memalukan dia secara tidak sengaja semasa di universiti dulu.

Namun begitu, dendam musuh dalam selimut Syed Aizril yang tidak diketahui mengambil kesempatan atas perhubungan Aleya dan Azrail. Mereka ditangkap khalwat dan Aleya dituduh memerangkap Aizril. Setelah itu, bermulah eepisod duka Aleya. Di bukan sahaja dihina oleh Aizril,keluarga mertuanya juga tidak menerima kehadirannya,  malah dibuang keluarganya sendiri. Setelah dia dirogol oleh Aizril, Aleya melarikan diri. Bersama Umairah, rakan baiknya dan juga Iqram, kawan baik Aizril, Aleya mohon berteduh.

Benih cinta mula bercambah di dalam rahim Aleya. hal ini memaksa Aleya ke kediaman keluarga Aizril untuk mendapatkan dokumen-dokumennya terutama kad nikah yang masih berada di sana. Namun, nasibnya malang apabila terserempak dengan Aizril dan tunangnya. sempat lagi dia dihina. kemarahan Aizril memuncak apabila Aleya menyatakan anak yang dia kandung adalah anak Aizril. Aizril bertindak diluar batas normal, apabila memukul dan mencampak Aleya di luar pagar di dalam hujan lebat. Nasib baik ketika Iqram dan Umairah sampai tepat pada masanya.

Aleya melahirkan anak kembar. Danish dan Dania. Namun, Danish mengalami masalah jantung berlubang. Mereka terserempak secara x sengaja denga Aizril dan tunangnya semasa Aleya melawat Danish. ketika itu juga, Aizril menyatakan akan jatuh talak terhadap Aleya sekiranya dia mengahwini tunangnya itu. Pada hari pernikahan, hati Aizril tidak keruan, dia bertindak melarikan diri dari berkahwin dan kemalangan. Dia juga mengalami koma dan akan lumpuh. 

Kerana kasihnya, Aleya tidak jemu menghadiahkan bacaan Yassin kepada suaminya. walaupun hatinya terluka, tetapi Aizril masih lagi suaminya. Apabila Aizril sedar, dia mahu berjumpa Aleya namun Aleya enggan. Aizril ingin memohon maaf dan meluahkan rasa cinta yang sudah lama bersarang di dalam dadanya. Kemuncaknya, Danish meninggal. dan Aizril dapat melihat anak yang dibencinya untuk kali terakhir. impaknya, penyesalan yang hebat dirasakan.

Aizril memencilkan diri. tiada siapa dapat memujuknnya. Hati ibunya terusik. kepada Aleya dia merayu. kerana keterpaksaan, Aleya mengalah. dia memikirkan Dania, kerana dirinya mungkin tidak dapat hidup lama. kehadiran Aleya di rumah besar itu, memulihkan Aizril. segalanya berjalan lancar.Namun, bahagia itu hanya sekejap sahaja. badai dan salah sangka menghampiri mereka. Aizril sekali lagi bertindak mahu mengahwini Lynn, tunangnya itu. namun, Aleya akur , kerana masanya sudah sampai...

Aleya ditemui rebah dipusara Danish. Ketumbuhan di dalam kepalanya memberi impak besar kepadanya. setelah pembedahan dijalankan, ibu bapa Aleya datang setelah dipujuk oleh Aizril. apabila sedar, Aleya tidak mahu menerima Aizril. baginya, cukuplah dia menderita. kalo sebelum ini, dia menahan kerana memikirkan Dania, sekarang, dia mampu menguruskan Dania. 

Namun, takdir menentu segalanya, Aizril tidak boleh menceraikan Aleya kerana dia mengandung. Dalam tempoh itu, akhirnya Aleya dan Aizril akur, mereka semamngnya ditakdirkan bersama dan masih memerlukan antara satu sama lain... happy ending.

rate: 5/5

2 comments:

  1. Novel siti rosmizah semua best.. sambungan andai itu takdirnya 2 tak sanggup nak baca..rmai yg ckap sedih...

    ReplyDelete