eh..eh.. tahun baru x gi mana² then habiskan bacaan novel Isteri Separuh Masa (ISM).. 5 jam kot.. ker kurang aku abis kan masa... hemmmm... oklah... mcm pernah terbayang² sblm ni.. nak baca kisah tentang anak angkat kena kawen ngan family angkat dia....ni blog penulisnya
kisah mengenai Medina Izwani (Wani) yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Nazrin Shah Abdullah. tetapi berlaku satu peristiwa di mana Nazrin menjadi benci kepada Wani. tetapi mereka dipaksa untuk khawin atas permintaan nenek mereka. perjanjian telah di buat, Nazrin akan menceraikan Wani apabila tiba masanya... setelah itu, Nazrin sambung pengajian di UK dan Wani hanya di USM.
tiba di tahun akhir, Nazrin muncul sebagai lecture di USM. keadaan jadi kelam kabut kerana mereka bertekak macam biasa sehingga mengundang kecurigaan di hati kawan² Wani. Hal lebih berpanjangan apabila mama, papa, nenek dan Mak Timah datang ke rumah Nazrin. Nak x nak, Wani terpaksa juga mengadap "bapak singa" panggilan Wani kepada Nazrin. Setelah seminggu, nenek dan Mak Timah buat keputusan untuk menetap di Penang... semakin haru apabila Nazrin sering mengambil kesempatan terhadap Wani.
suatu hari, datang Zita, kekasih Nazrin menyuruh Nazrin menceraikan Wani... satu keturunan Wani di ungkitnya.. kerana marah, Wani memberitahu, kalo Nazrin x ceraikan dia, dia sendiri akan minta fasakh... lagipun Nazrin bukalah lelaki idaman dia... tetiba pulak si Nazrin jadi sensitif... hisk....
pelbagai agenda dibuat nenek dan Mak Timah bagi memperbaiki hubungan Nazrin dan Wani... watak nenek dan Mak Timah ni, teringat watak Tok Zaharah dalam Suamiku, En. Perfect 10!... bijak...!!!kesudahannya, boleh lah baca sendiri... tapi mcm rushing jugalah penulis tu nak habiskan cerita... tapi Nazrin tu, memang cemburu buta,... ishk.. belajar jer tinggi...
Rate: 4/5
hehe....Bagi saya ISM karya suri ryana yg paling saya suka...
ReplyDelete