10 June 2013

Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni

 


Heemm… Puas, menarik, senyum sampai telinga. Apa lagi? Apa lagi perasaan aku bila habis baca novel ni. Okey, rasa tak menyesal sesangat beli. Memang Berjaya buat aku tak sabar nak habiskan novel ni untuk tahu apa yang akan jadi pada perkahwinan Syamsul (Syam). 




Mengisahkan bagaimana kelancangan mulut dan sikap ambil mudah Irfan dalam menanangi masalah rumahtangga bersama Maizatul Hazirah (Mai) yang dibina selama bertahun berakhir dengan hanya sekali lafaz. Hanya sekali lafaz, Irfan menghadiahkan talak 3 kepada Mai. Oh, sungguh sadis. Dalam pada itu, Irfan mencari cina buta untuk membolehkan dia berkahwin kembali dengan Mai. Dia masih sayang, masih cinta walaupun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Tapi, aku rasa, biasalah kan. Benda kalau dah hilang barulah terasa nilainya. Begitu juga Irfan dan Mai. Nasib baiklah, Syamsul ni, akal dia panjang sikit. Dia merujuk kepada bijak pandai. Akhirnya, tak adalah istilah cina buta dalam perkhawinan mereka. 


Bila ibu Syam sakit di kampung, dia meninggalkan si isteri. Tiba-tiba ada perasaan rindu di hati Mai. Lama-lama makin mekar. Akhirnya mereka menyulam cinta. Tapi Syam agak terasa seperti Mai mempergunakannya. Irfan pula, terasa tertipu bila Mai semakin mengelak untuk berjumpanya. Kerana rasa tertekan, sedaya upaya dia membuat fitnah, dengan harapan, Syam akan menceraikan Mai. Dalam pada berita tak baik itu, penantian Mai hampir sepuluh tahun berbaloi apabila dia di sahkan hamil anak Syam. Tapi, sekali lagi lelaki itu ragu-ragu. Syam pada aku, dia rendah diri. Dia terasa dia dipergunakan. Tapi manja sebenarnya. Hahhaha. Dia sayang, tapi tulah… rasa diri tak sempurna. Segala kebaikan isteri dia tak nampak.


 Bila anak dan isterinya hampir diculik Irfan, lagilah si Syam ni meroyan. Hahhaha… ada pulak dia fikir si Mai nak tinggalkan dia. Nasib baiklah si Mai ni sanggup merendah diri dan meluahkan segala peraaannya kepada Syam. Hemm… Mai pun rasa macam tu. Sepanjang 7 tahun bersama Irfan, dia tidak pernah kecap bahagia seperti mana yang dia dapat ketika bersama Syam. Walaupun Syam banyak kekurangan, kasih sayang dan cinta lelaki itu langsung tidak pernah melunturkan sedikitpun kasih sayang mereka. Apa jadi pada Irfan?Bukan setakat gila talak, malah memang gila.


 Kekadang terfikir juga, ada ke sampai macam tu. Gila talak tu, memang ramai. Tapi sampai meroyan macam tu,… hummm… memang tak pernah tengok. Apapun, tahniah kepada penulis kerana Berjaya menjadikan cerita ini, bagi aku memang patut di baca. Ni blog penulisnya 

 Rate 5/5


tapi kan... lebih kurang citer ni lah pula....

No comments:

Post a Comment