Showing posts with label Love Novel. Show all posts
Showing posts with label Love Novel. Show all posts

14 September 2014

Di Penghujung CIntaku Adelia - Wan Rohayu


 
 
Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.
Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang-langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?
Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.
“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha
“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia
Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?
Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

10 November 2013

Mr. Secret Admirer - Shila Alish

Karya pertama novelis Shila Alish  ......... Hemmm.... Sebenarnya, lunyai cover buku ni ML kerjakan... Bukan aper, minggu ni, ML sedikit bz.. ML start baca buku ni, Sabtu minggu lepas.. Hari ni baru sempat habiskan... Hemmmm... 8 hari jugak... Kenapa ek? Sebelum tu... Kita layan dulu sinopsis kat belakang novel tu...

02 July 2013

Dekat Padamu - Sarnia Yahya




Hemmm... aku ambil masa yang lama untuk habiskan novel ni. Hampir 2 minggu. bukan apa, banyak urusan yang perlu diselesaikan. dengan itu, hasrat membawa, hanya terkubur macam tu jer. Okey, ini karya penulis lama dengan syarikat penerbitan baru. penulis ni menggunakan dua nama iaitu Sarnia Yahya dan Sarnia Yasmin. Ini blog penulisnya.

10 June 2013

Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni

 


Heemm… Puas, menarik, senyum sampai telinga. Apa lagi? Apa lagi perasaan aku bila habis baca novel ni. Okey, rasa tak menyesal sesangat beli. Memang Berjaya buat aku tak sabar nak habiskan novel ni untuk tahu apa yang akan jadi pada perkahwinan Syamsul (Syam). 

05 June 2013

Mama Mia Shaza - Emy Roberto



Okey... ni blog penulisnya. kalau tak silap, penulisnya masih kat overseas. em.. sama macam Eve. okey.. tak payah melalut. novel ni mengisahkan tentang gadis bernama Maya Laila (Maya) opss.. bukan gadis, tapi si isteri yang ditinggalkan oleh sang suami Syazwan Ilmad (Shaz).ouh, sampai hati.. rasa nak lempang je si Shaz ni...