Hemmm... aku ambil masa yang lama untuk habiskan novel ni. Hampir 2 minggu. bukan apa, banyak urusan yang perlu diselesaikan. dengan itu, hasrat membawa, hanya terkubur macam tu jer. Okey, ini karya penulis lama dengan syarikat penerbitan baru. penulis ni menggunakan dua nama iaitu Sarnia Yahya dan Sarnia Yasmin. Ini blog penulisnya.
apa yang aku nak komen ek??? Sebab penulis ni dah menghasilkan beberapa buku, rasanya dia sudah berpengalaman. Tapi, aku rasanya pernah baca karyanya dengan Alaf 21. Nantilah aku check balik. Okey, mengenai karya ini, aku rasa penulis banyak bermain dengan takdir dan kebetulan. permainan takdir yang sentiasa menguji hidup gadis bernama Shafiqa.
Bermula dengan kematian kedua ibu bapanya ketika dia berusia 17 tahun. seterusnya, Shafiq, abang kembarnya terjebak dengan najis dadah. Shafiqa dibuang keluarganya apabila mak cik Arfah, menghalaunya dari kampung. Bukan itu sahaja, perempuan itu bertindak menjual rumah dan barang-barang peninggalan keluarga Shafiqa(Ika). Setelah itu, wanita itu menjadi gila tetapi Shafiqa dan Shafiq pula dituduh mem"bomoh"kan wanita itu.
Hidup Shafiqa agak kucar kacir. Dia merupakan seorang yang sangat setia kepada persahabatannya. Ashila (Ashi) sahabat baik yang sentiasa berada bersama dgnnya sewaktu susah dan senang. Namun, perkenalan gadis itu dengan Jamal, telah membuatkan hubungan Ika dan Ashi renggang. Ini kerana Ika tidak mahu Ashi terus tertipu dengan Jamal, kerana bagi Ika, Jamal bukanlah seorang lelaki yang baik.
Sikap Ashi masih berterusan walaupun gadis itu telah bertunang dengan Raiyan. Raiyan pula telah jatuh cinta kepada Ika sejak pertama kali bekerjasama dengan gadis itu dalam beberapa projek syarikat mereka. Walaupun bertunang dengan Raiyan, Ashi tidak pernah sekalipun menghubungi Raiyan. Begitu juga lelaki itu.
Tanpa diduga, hubungan Raiyan dan Ika berubah kepada status yang lebih serius. Ini mengundang cemburu di hati Iskandar, abang Ashi. Si duda itu memang punya perasaan kepada Ika. Tetapi, Ika hanya menganggapnya sebagai abang sahaja.
Malang menimpa Ika bila Ashi mengandung luar nikah dan Jamal tidak mahu bertanggungjawab. Gadis itu kemalangan dan meninggal dunia. 6 bulan kemudian Raiyan pula meninggal kerana bangunan yang dibina runtuh. sebulan selepas itu, Shafiq turut meninggal kerana dipukul oleh Helmi, sepupu mereka. Ika hilang arah. Terasa dirinya sentiasa dirundung malang.
akhirnya Ika dan Iskandar dinikahkan dalam satu rancangan memerangkap mereka. Siapa punya angkara? Bagaimana hubungan mereka. itu kenalah baca.
Rate: 3/5
No comments:
Post a Comment