Panas...panas.. hehehhe.. mane ada
panas.. tgh beku ni.. maklumlah puasa.. aircond terasa teramat sejuk.
hingga ke tulang hitam.. eh.. melampau pulak... okey, rasanya aku nak
kasi sedikit pencerahan berkenan contest yang aku join kat sini.
1. Em.. macam rentak Evelah...
- Fine... memang, sebab inikan contest sambungan kepada Bab 27 iaitu
Bab 28. So, aku sedaya upaya nak kekalkan rentak Eve. Iyalah, novel tu
memang novel dia. Seboleh-bolehnya, nak cuba kekalkan gaya dia. bukan
niat nak meniru. Bagi akulah kan.. kalau kita baca novel, tak kiralah
novel ataupun e-novel, pasti kita mahu kesinambungannya sama rentak
kan.. x derlah ke laut sangat. tapi, itu pendapat masing-masing...
bagi
aku, biarlah pada aku sendiri, aku rasa seperti aku membaca novel yang
sama. versi yang sama cuma olahan dan plot cerita yang sedikit
berbeza.
2. Huh, sungguh x menyokong Fawwaz sedangkan Fawwaz seorang lelaki muslim sejati.
-
mcm aku cakap pada perkara 1 tadi.. memang aku ikut keinambungan novel
itu. apa yang aku tulis sekadar apa yang aku nak baca. Honestly, tak
adalah aku mengharapkan Eve untuk terus memberi trofi kemenangan kepada
Haydar sedangkan Fawwaz seorang lelaki yang baik.. no.. bukan itu
maksud aku. aku cuma menyambung cerita di mana, Hana terserempak dengan
Haydar. So, apa yang aku akan buat agar plot cerita itu, hanya
berkisarkan kepada mereka.
3. Kenapa tak munculkan Fawwaz.
- maaflah, bagi aku, Fawwaz bukan watak penting dalam pertemuan Hana dan Haydar.
4.Tiba-tiba muncul Cik Model. Tapi hanya sedikit sahaja kemunculannya
-
owh.. itu memang disengajakan. Bagi aku, kalau aku seorang penulis,
dan dari pengamatan aku ketika rajin menerjah blog-blog penulis
kegemaran aku, pengakhiran sesuatu bab memang begitu. barulah pembaca
rasa teruja mahu tahu apakah akan jadi seterusnya.
akhir kalam... (eceh.. ayat skima) aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. hanya ini yang termampu. setiap orang ada pendapat dan minat masing-masing. terpulang pada penerimaan masing-masing.. tepuk dada tanya selera... tepuk hati, tanya haydar... ehh... sempat lagi...
PEACE yo....!!
No comments:
Post a Comment