14 July 2013

Sampai Bila - Ana Sofiya






Karya Ana Sofiya yang pertama aku baca tetapi, ini novel ketiga beliau. ini blog penulisnya.




SINOPSIS:

Hubungan mereka tidak bermula dengan baik, Kisah lampau Alisa menyebabkan Adnan Malik enggan menerima gadis itu sebagai isterinya. namun, mereka berkahwin juga. Di hari pernikahan, Adnan malik membingkar kisah silam Alisa yang tidak pernah diketahui oleh ayah gadis itu. Sisi gelap yang sengaja diselongkar dengan niat untuk memalukan. Juga, supaya perpisahan terjadi. Malangnya, dalam benci si ibu, Fasihah, menghalang demi untuk melihat Alisa menderita digantung tidak bertali.

Setelah puas menangisi nasibm Alisa bangkit bersama azam di hati. Bersama janji bahawa hati Andan Malik akan ditakluki.

Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku! Aku akan pastikan dia jilat ludah dia balik! Aku akan  pastikan dia menyesal menghina ayah! Dan, aku akan pastikan dia menyesal membenci Abang Tiar. Adnan Malik, kau akan bayar balik setiap kesakitan yang kau bagi pada aku! Itu janji aku! -  Alisa.

Biasalahm kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Sekarang, sedikit demi sedikit, Adnan Malik mula mengenal hati budi isterinya. Namun kerana ego, dia menafikan gelojak rasa yang melanda.

Alisa sudah tidak mampu bertahan lagi. Kalau lama-lama nanti, bukan hati Adnan Malik yang dimiliki, tetapi takut pula hatinya yang dicuri oleh lelaki itu! Hari! jadi, dia perlu memanknakan wasiat Bakhtiar secepat mungkin!

"Apa kata kita buat bayi tabung uji sama-sama?" Ya, satu cadangan gila kepada seorang lelaki normal. Apa lagi, melentinglah si suami. 
"Kenapa kau nak kita buat benda tu? Bayi tabung uji konon? Kau ingat aku ni mandul ke?"

Alisa pening. Susah sungguh untuk dia memanhami seorang Adnan malik. Cakap begini salah, cakap begitu pun salah. Habis, macam mana? Adnan Malik pula resah. Tahu bahawa hati sudah mula goyah. Apabila rasa benci bertukar rindu, mampukah bertahan sedingin salju? Dan kalaupun mampu, sampai bila.....?

APA YANG AKU SUKA

 Watak Alisa -  setiap kali aku baca patah perkataan yang keluar dari mulutnya, aku rasa wow.. dia begitu berani. Sifat tidak pernah putus asa dan pantang dicabar yang ada pada dia, menjadikan dia gadis yang tabah.


APA YANG AKU TAK SUKA

Watak Adnan Malik - Aku suka nama dia. Lain dari yang lain. Biasanya, nama hero canggih manggih semua, tapi novelis ni, guna nama Adnan Malik, Samad, Bakhtiar, Yanti. Faris. kira oklah tu. Nama biasa-biasa jer. Tapi, aku tak suka watak Adnan Malik ni, Ego tak bertempat. Hati kayu dan terlampau sayangkan ibunya tanpa mahu berfikir lebih lanjut. Bak kata kawannya Samad. nama je ada PHD tapi PHD tu untuk Perasaan Hasad Dengki kot.
 

KESELURUHAN
 
Aku sangat berpuas hati. Tak sabar-sabar nak habiskan novel ni untuk tahu apa sebenarnya hubungan Alisa dengan Bakhtiar.  Finally, memang aku suka...

RATE : 4/5

2 comments:

  1. thanks for the review. nama hero kak sofi mmg semua sempoi aje. hehe

    ReplyDelete