Gambar cilok dr pakcik google |
Alhamdulillah.... esok dah 1 Ramadhan dan moga dapat diberi peluang dan kesempatan untuk berpuasa dan menyambut hari raya lagi kali ini. Mohon ampun dan maaf andai ada kekilafan yang terjadi sama ada sengaja ataupun tidak. Madam Lola hanya insan biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan.
Di bulan Ramdhan kali ini, marilah kita memperbanyakkan amalan seperti membaca Al-Quran dan juga bersedekah. Terawih jangan dilupakan. Tak sabar rasanya nak bawa Lovelyainz pergi terawih. Memang tiap-tiap tahun kami bawa dia ke masjid. tapi, faham-fahamlah kan, budak-budak. kadang-kala perangai dia elok. kadang-kala, naik je atas riba mama dia ni. Dan harap tahun ni dia boleh duduk diam dan ikut macam biasa. Husk... tak sabarnya....
Hemm.. tahun ni, aku tak nak terpengaruh dah dengan ekspidisi membeli biskut raya. Bukan apa, kesian tengok kawan-kawan berniaga, so aku belilah. tapi tak makan pun. Balik kg tetap ada kuih raya. My sister memang beli banyak. So, boleh rempat dia punyer jer. Lagipun teratak kecil aku tu, bukan ada orang nak datang pun. hidang apa yang ada sahaja.
Baju raya, alhamdulillah, dah siap semuanya. tinggal baju pakcik aku jer. rasanya mamat tu tak nak beli baju melayu baru kot. hehehhe.. pakai yang mana ada jerlah. Lovelyainz, just nak beli sandal je. Harap-harap tahun ni x culas sahur. hehehhe.. kalau dah penat sangat memang tak sedar. bukan x kunci alarm. dah kunci n sedar, tidur balik konon-kononnya sekejap. sekali bangun balik dah pukul 6.. hambik kau... x sahur.. harap-harap kejadian sebegitu tak terjadi lagi....
apa-apapun, selamat berpuasa dan semoga amal kita diberkati-Nya....Amin....
No comments:
Post a Comment