1st time baca tahun 2009... dan repeat baca lagi seminggu kemudian.. ni kali ke-3 baca...
kisah bagaimana perjuangan seorang gadis memelihara kandungan yang diperolehi setelah dirogol entah siapa. harapan kedua orang tua hancur berderai apabila anak tunggal dan harapan keluarga pulang dari luar negara dengan membawa satu nyawa lagi. Allisa dihalau oleh ayahnya. nasib menyebelahinya dalam kepekatan malam, dia terserempak dengan mak sunya, yang pada masa tu ingin ke rumahnya. dia ditinggalkan di sebuah kampung untuk menutup malu.
keperitan Allisa apabila jiran yang diamahkan mak sunya untuk menjaganya membuat onar. dalam kepayahan dan kesakitan untuk melahirkan anak, terserempak dengan atok amin yang baik hati... dan menghantar allisa ke hospital.. nama anaknya juga atok amin yang berikan Zaquan. Ameen Zaquan, membesar sebagai anak yang baik.
dalam keperitan hidup Allisa Zaq, lelaki mesteri yang merogol Allisa tanpa sedr akibat pengaruh dadah yang diambil secara tidak sengaja menderita mencari wanita itu. Lebih² lagi apabila tahu Alisa mengandung. dengan yakin dia tahu alisa menjaga kandungannya.. dalam diam dia jatuh cinta kepada allisa. dia menjadi pengunjung setia ke teratak keluarga Allisa tanpa kerelaan kedua orang tua tersebut. Namun keihklasan hati Zaq, akhirnya meruntukkah tombok kemarahan warga tua itu.
apabila bersua kali pertama dengan Ameen Zaquan, Zaq sudah pasti, itu adalah anaknya. Wajah saling x tumpah dengannya ketika kecil. Anak kecil itu juga sebagaikan ada terikan apabila dengan senang memeluk Zaq padahal dia bukanlah senang mendampingi dengan orang yang dia tidak kenal.
Dalam novel ni memang terdapat begitu banyak nama yang cantik² sesuai untuk diberikan nama kepada baby.. tapi... tgk maksud dululah ek... macam novel² yang lain jugak, tragadi menimpa pada malam pertama mereka apabila Allisa dapat tahu yang Zaq adalah lelaki yang meragut kehormatannya sehingga dia dibuang keluarga, ditinggalkan kekasih dan juga dihina oleh rakan-rakan. dalam pergaduhan itu, Zaq keluar tetapi kemalangan dan koma.
aku tak becadang nak habiskan review ni, sebab cerita ni memang terkesan dihati aku.so, sila baca sendiri .. kalo dah tahu ending .. mcm x best lah kan.. hehhehe....
Rate: 5/5 ==== terkesan dihati
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWhatapps saya 0179254283
Deletemaaf ..saya x jual buku saya
Delete