10 December 2012

Ulang Baca : Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna



Nama lagi ulang baca kan... hehehehhe.. nampaknya memang x der kerjalah sangat sampai sanggup ulang baca... tapi, kat rumah ni hanya ada beberapa buah buku sahaja... yang terbaru dan juga yang aku sayang... tapi terbaru pun x derlah terbaru mana sebab memang dah lama x membeli novel.., 3 tahun kot... buku  Sepi Tanpa Cinta ni aku beli tahn 2005...lain-lain collection ader kat rumah bonda.. harap yang meminjam tu bolehlah pulangkan... rasa sayang pulak kalo dirang buat harta... bukan apa... time nak ulang bacalah ... biasanya kita akan lupa jalan cerita sesuatu cerita kalo cerita tu x berapa nak mencuit naluri... ewah....
cerita ni mengisahkan bagaimana keperitan seorang gadis bernama Haqizah yang mencari identiti dirinya. bermula dengan dugaan untuk membukti kesucian diri apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka 2 hari sebelum akad nikah mereka dengan alasan Ziqa sudah tidak suci lagi. Demi membuktikan diri tidak bersalah dan menutup malu, dia rela berkahwin dengan siapa sahaja asalkan dapat membuktikan dia masih suci. 

dengan bantuan bekas majikan ibunya, Ziqa berkahwin dengan Fakhrul, anak kepada majikan ibunya yang pada yang sama masih berkelana dikecewakan kekasih hati. Fakhrul sudah membenci perempuan, tetapi terpaksa menurut kata keluarga. Namun, pada malam pertama tanpa menyentuh Ziqa, dia meninggalkan isterinya dan menghukum gantung x bertali...

setelah 2 bulan Ziqa ditinggalkan, dia dibawa ke rumah mertuanya ketika melarikan diri akibat tertekan kerana ibunya masih mempersoalkan kesuciannya. Berlaku konflik apabila tinggal bersama Fakhrul di mana, Fakhrul masih belum menerima Ziqa tetapi dia dilayan seperti orang gaji.

Kemunculan Mak Long Fakhrul dan Hafiz anaknya memutikkan rasa cemburu di hati Fakhrul apabila melihat layanan mesra Hafiz. Pada masa yang sama, ibu Haziqa meninggal dunia. Berkelanalah si gadis di rumah keluarganya.. Dia terasa sungguh terpencil kerana sudah hilang semua orang yang disayang.Ketika itu, muncul perasaan simpati di hati sang suami.

Cinta mereka mula berputik bila kejadian Ziqa hampir dirogol dan menjadi murung. Dalam usaha mengembalikan semangatnya, cinta mula mekar. Namun kehadiran Yusri , bekas tunang Ziqa menjadikan Fakhrul seorang  kebudak-budakan. Api cemburunya tidak tertahan ... sehingga hampir meragut nyawa Ziqa dan keguguran kandungan.

Novel ni sedikit berat bila penulis bermain teka-teki dengan pembaca. Di mana, pembaca akan tertanya-tanya kenapalah Melati begitu membenci dirinya dan menuduh ibu bapa dia dengan pelbagai tomohan. Cerita disusun dengan teliti sehinggakan pada plot tersebut terasakan bagai diri kita lah si Haziqah tu. pembaca juga tertanya-tanya.. verry brilliant. 

Namun, aku rasa terkilanlah sebab, ibu kandung Ziqa tidak mempertahankan anaknya walaupun tahu si anak ni dirundung malang tapi masih mahu menyimpan rahsia. Situasi kelakar setelah mereka bahagia apabila si Ziqa pula menjadi keanak-anakan di saat mengandung...

for me.. oklahlah.. bolehlah dibaca.. namun x mengundang emosi sedih sangat... cuma kesian tu tetap ada ketika si Haziqa mencari identiti dia...geram dengan Fakhrul yang susah nak faham dan cemburu buta

Rate: 3/5

No comments:

Post a Comment