22 December 2012

Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha

Novel ni aku baca dalam keadaan yang gelak tergolek².. hadoi memang sakit perut betollah... Watak Mimi Atia yang digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang agak "sememek" bagi aku mengundang anak dara aku kebingungan sampaikan dia tanya, "mama tenapa mama".. hahhaha....
Kisah ni bagaimana seorang gadis yang memang berpegang teguh kepada syariat Islam tetapi terpaksa berhadapan dengan orang asing yang menceroboh rumahnya. Lelaki itu, Tengku Khizairi melarikan diri daripada tahanan polis kerana disyaki membunuh bapa kandungnya.Mimi Atia terpaksa membenarkan Tengku Khuzairi yang panas baran tu menginap dirumahnya kerana ugutan Tengku Khuzairi. Dalam benci ada cinta sebenarnya tetapi ialah ego mengetasi segalanya. Mimi Atia pula, x kan nak mengaku cinta kepada lelaki yang sewenangnya memijak-mijak maruahnya. Mimi Atia sebenarnya mempunyai seorang tunang, Muslim namanya. Tetapi, bertunangpun kerana terpaksa kerana umur dah menganjak 27 tahun. Baginya, x khawin pun x per.. dia pernah kecewa apabila cinta yang dipendamnya terhadap rakan sesama di universiti x terluah dan berlalu begitu sahaja.. kira x nak terluka la ni... abis ko x luah... macam mana...cerita ni memang  lawak.. 


Tengku Ezairy pula merupakan majikan Mimi Atia pada masa yang sama tanpa pengetahuan Atia merupakan abang kepada Tengku Khuzairi. Malang x berbau apabila Mimi Atia diperkosa oleh musuh dalam dia Tengku Ezairy.... Sejak hari tu Mimi Atia dan Tengku Ezairy semakin rapat. Atia menerima Tengku Ezairy kerana lelaki itu banyak memberi semangat kepada Atia sedangkan lelaki itu sudah jatuh sayang kepadanya. Tengku Khuzairi pula, tidak mahu menerima Atia kerana telah diperkosa. Dia tak sanggup menggambil sisa orang lain walaupun hatinya mengatakan dia cinta pada Atia.

Yang aku musykilnya.. begitu senang Atia melupakan dia diperkosa.. kerana emosinya begitu senang sembuh... then setelah 2 bulan Khuzairi telah meninggalkan rumah Atia tanpa mengucapkan selamat tinggal.... meranalah si Atia kerana begitu merindui lelaki tersebut.. masa ada asyik bergaduh jer...

7 bulan berlalu, akhirnya mereka bertemu... paling best apabila berada di Korea dengan tanpa segan dan silu si Khuzairi menunjukkan perasaannya.. dan berlaku sedikit pergaduhan kecil antara Khuzairi dan Ezairy kerana Atia... malang menimpa apabila Atia diculik oleh sepupu dan juga musuh ketat Tengku Khuzairi... alahai.. lupa lak nama sepupunya... buku dah kasi orang lain pinjam... then di situ sepupunya mengaku dia yang merogol Atia... dalam kejadian itu juga Atia ditembak... tapi yang musykil kat sini, Atia diselamatkan oleh Muslim, bekas tunangnya, tetapi ditangkap kembali oleh penjahat² tu.. tapi x wujud pulak si Muslim tu... sama ada dah pengsan ker haper ker.. sehinggalah si Atia sedar dari koma....

setelah itu, dia bawa diri ke kedah... sebab kecewa dengan Tengku Khuzairi.. dan dia x mahu menerima Tengku Ezairy yang cintan giler² kat dia tu... yang ralatnya, perjalanan cerita menunjukkan penulis x sabar² nak habiskan novel ni... memang kejaplah si Atia ni berkenalan dengan Orang Utan a.k.a Adam Lavine.. hisk.. tetiba nak kawen.. x puas ati betol den.... akhirnya, masa majlis kawen, barulah tahu, Adam Lavine tu Tengku Khuzairi...hisk... x best la... kalo dipanjangkan lagi episod Atia ngan Adam Lavine tu kan best......

Novel ni ada sambungan tau.. esok nak order.. order online jer... aperpun.. enjoylah juga....
Rate : 4/5

No comments:

Post a Comment