ni novel ke-3 yang aku baca dari penulis Haiza Najwa ni.. kalo Ilusi Hati sebelum ni, sgt padat dengan penggunaan ayat yang tahap dewa, kali ni agak santai...dan paling penting, novel ni sarat dengan nasihat dan panduan...
mengisahkan lara gadis bernama Syarifah Atira Azlin yang berkahwin dengan pilihan keluarganya yang di harap dapat menjaganya kerana Atira merupakan seorang yang manja. Apabila kehilangan keluarganya, dia berkahwin dengan abang angkatnya. Tapi suaminya, Asfahul d\sudah mempunyai kekasih hati. Dek kerana budi dan janji akan menjaga Atira, Asfahul berkahwin juga tetapi masih hidup berkesedudukan dengan kekasihnya Emalin.
Konflik terjadi apabila Asfahul berkahwin dengan Emalin dan Emalin terus mendera jiwa Atira. Kerana terasa kekosongan dan kesepian, hidup Atira didatangi makhluk yang suka memanipulasi jiwa yang sedang berkelana itu.. Dia di datangi bunian yang bernama Maliku Saleh tetapi menjelma sebagai Asfahul. Maliku Saleh hanya akan muncul ketika Atira tidur sahaja. Sehingga satu tahap, Atira mengambil pil tidur kerana kerinduan yang tidak tertanggung terhadap kekasih hatinya itu... akhirnya dia terus tidak sedarkan diri....
sejauh mana mampu suaminya membawa si isteri pulang ke alam nyata???tu kena baca sendirilah... sebab... novel ni walaupun mengenai bunian, tapi banyak elemen pengajaran yang ada.. so kena baca....
Rate: 4/5
No comments:
Post a Comment