DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.
AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi, siapa sangka, lelaki tak normal itu juga jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? Sampai bila Afiff mampu bersandiwara demi menyembunyikan sesi gelapnya?
KHALIFF - Lelaki penyayang yang menjadi sang pelindung buat Dania, saat duka mahupun gembira. Tekadnya bulat, mahu memperisterikan Dania. Namun cintanya terpaksa dikorbankan demi menebus kemaafan atas perbuatan silam arwah mamanya.
IRDINA - Kenapa kau hadir di saat segala kisah duka sudah hampir terlerai, saat bahagia sudah mula menjenguk jendela hati? Kau memang perosak, Irdina!
"Kenapa kau kahwin dengan aku? Apa niat sebenar kau?Aku pelik, sebab aku tak rasa yang aku ni macam isteri orang. Aku je yang beria-ia nak jadi isteri solehah, tapi kau? Aku rasa macam aku ni isteri simpanan kau je. Kita ni dah macam housemate!" - Dania
"Aku tak pernah sentuh Nia. Kami tak pernah jalani kehidupan seperti suami isteri yang lain. Dia tu aku anggap macam isteri simpanan aku je." - Afiff
"Baiklah, kalau itu yang ummi inginkan daripada Khaliff, kalau mengorbankan cinta Nia boleh melangsaikan dendam ummi pada arwah mama, Khaliff akan lepaskan Dania pada Abang Afiff." - Khaliff
"Afiff, sudahlah tu. Biarlah isteri you tahu hubungan kita. Dah tak boleh nak tutup lagi dah rahsia ni, satu Malaysia pun dah tahu. So, you sebagai bakal madu I lah ya? Hmm, I tak kisah pun bermadu dengan you. I tahu, Afiff akan berlaku adik. Kan sayang?" - Irdina
Hemmm... nak suruh ML bawak watak baik ke watak jahat??? Eee,.... tapikan.. apa yg ML dapat bila baca novel ni???
1. Baru ML tahu, tempoh edah seorang isteri apabila bercerai dengan semuanya adalah 2 bulan. biar betik... bahaya betul "fakta" yang satu ni..
2. Rasa nak jer tukar tajuk citer ni jadi, kau pemain bola sepak hatiku... wakakkaka senang-senang hati jer main passing. lepas adik, abang.. lepas abang adik.. hadoi la...
3. Bila baca balik, Dania ni byk berubah. dari gadis kampung yg lembut jadi manusia yg sedikit kasar. Slumber badak jer dia sound Afiff. Okey jer bagi ML tapi, mcm x percayalah sikap Dania tu mcm tu sebab dia dari awal lagi baikkan.
4. Rasanya, Dania, Afiff dan Khaliff, semua ada masalah psikologi. x per.. ML anggap jer diorang ni baru belasan tahun. kurang matang sikit pemikiran mereka.
5. cerita dari awal agak membosankan. kecewa jugak ML, cerita ni x sehebat yang dibayangkan. Rasanya Mia Kiff perlu usaha lebih. Rasanya ini memang bukan karya pertama Mia Kiff. rasanya, harus banyak pembacaan lagi. Rujukan juga penting. Jangan main taram sahaja. nak-nak bab-bab melibatkan agama.
Rate: 2/5
Fuhhh... baru ingat nak sambar novel nie.. tp low rated plak..
ReplyDeletehahahha... ramai jugak org suka
Deleterasa marah macam sy tak masa baca?
ReplyDeletemarah mcm mane tu.
Deletececiter