16 September 2014

Mungkinkah? - Hanni Ramsul

 
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”

 
Karya pertama Hanni ramsul yg ML baca. Sblm ni x pernah lg baca karya penulis ni. Org kata, pergilah air mata Best. Betul ke? Bagi ML, kisah dlm mungkinkah ni bagus walaupun ada sahaja part2 yg x berapa nak logik. Tp jgn salah paham... X logik di mata ML jerlah. Logik ker x kat mata org lain, terpulang pd penilaian masing2..

1. Arisa. Buatlah apapun pd dia. Hati dia dah mati kot. Radhi buat apapun dia x nak report polis... Bagus betul dia kan... X berdendam langsung.. Kata benci... Tp mcm x benci Pulak ML tgk...

2. Arisa ni kesian kan. Mcm Radhi jugak. Kesian dia. X dak saudara mara lain. Bila ayah dia meninggal, bapak saudara ker... Sepupu sepapat ker.. Semua x dak. Terkontang kantung betol nasib dia...

3. Zariff...euuuu....tp... Dah nama pun buaya kan... Sikap nak memiliki tu mmg harus ada. Nak2 kena reject mentah2 dgn pempuan kan... Haruslah pikat smp dpt.. X dapat cara halus, cara kasar pun jadi.

4. Tasnim.. ML rasa, dialah punca kesengsaraan Arisa selain Radhi. Kenapa ML kata mcm tu...mmg lah, dia tmpt Arisa luah masalah bagai... Tp, harus di ingat, sbb mulut dialah, en. Karim boleh senang2 ambik kesempatan pd Arisa. Dan sbb dia juga Radhi tahu Arisa pinjam duit dgn en. Karim. Tasnim mcm duri dlm daging, bkn dia x tahu perangai Radhi mcm mana. Boleh Pulak selamba badak dia pecah rahsia. Hishkkk geram...

5. Puan Zahra.hemmm... Keras juga hati mak cik ni ya, dia x kecik hati bila anak dia buat mcm tu.. Susah nak dpt mak mcm tu Oooo... Kalo ML yg jd mak, tobat kecik hati dgn zariff tu...

Apapun, perjalanan cerita ni.... Sedikit sbyk, pembaca blh agak. Cth, bila WiFe en. Karim dah mengamuk, ML boleh agak, pasti Arisa akan berhenti kerja. Dan adalah beberapa part lagi..

ML berjaya Sudahkan novel ni dlm masa 2 hari.. Yahhhhh.... Kalo ikut ketebalan dia.. Mmg x mampu kot... Hihihihihi....

Rate :4/5

8 comments:

  1. oh...yang ni lupa.tak baca lagi...patutnya sy baca ni dulu dan tak beli2 baru. he he...

    pergilah airmata sya suka sgt. sila baca. taste ML rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh.. taste ML..
      kena carik tu...
      hahahha.. samelah kita.. dah berkurun beli baru dpt baca..
      yg novel2 lama, byk lg duk tersadai tu.. bila nak berjaya x tahulah.. asyik duk tambah jer..

      Delete
  2. Rugi ml tak baca pergilah airmata... mmg best dr mungkinkah...

    ReplyDelete
  3. Ada rasa nak beli novel ni tp x beli lg. So far, dh penah baca Pergilah Air Mata & Biarlah YM Berbicara. I think Pergilah Air Mata ok gak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BYMB tu, ... ntah la,, ML x tertarik...
      nak kena cari ni PAM

      Delete
    2. PAM is one of the best novel sebab sekarang ni kebanyakan jalan cerita dalam novel streotype. Boleh agak apa yang akan terjadi.

      Delete
    3. memang lebih kurang..
      tapi kalau kena gaya olahan, garapan itu jd menarik

      Delete