Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts

16 June 2018

Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! - Suri Ryana


Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.


Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.



Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?



Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

11 March 2016

Klik! Pengantin Musim Salju - Suri Ryana

Klik! Pengantin Musim Salju - Suri Ryana




Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

17 September 2015

Bimbo - Rin Ahmad

BIMBO - RIN AHMAD




Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?



“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

13 September 2015

Kimchi Untuk Awak! - Suri Ryana

Kimchi Untuk Awak! - Suri Ryana






Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

“Jang-nim!” - Danial Lee.

“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

30 September 2014

Tiada Sepertimu - Anita Aruszi

 
 
 
Keifli: "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ni. Siapa yang nak bertemankan perempuan seperti Zara? Sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"
 
Zara: "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki tu?"
 
Rubiah: "Benci tu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. you mampu bahagiakan Zara."
 
Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan keifli? Berjayakah Keifli ' menjinakkan' Zara yang garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dalam hidupnya?

22 September 2014

Gadis Edisi Terhad - Rin Ahmad



 
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”

16 September 2014

Mungkinkah? - Hanni Ramsul

 
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

17 May 2014

Arluna - Rin Ahmad

 

Judul: Arluna
Penulis: Rin Ahmad
ISBN: 9789670448596
Penerbit : Kaki Novel
Harga: RM21.00
Cetakan : Februari 2014 (ML Punyer cetakan ke-2, Mac 2014  )

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina sangat cliché.
1.Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I'm not a car. Uh... I didn't bring side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE
2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? – JOE
3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you', dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I'll marry you' ya.- JOE
4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah'. Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?
“Tewas Itu Taat.”


28 December 2013

Aku Bukan Mistress - Acik Lana


 

 Ni novel pertama Acik Lana yang ML baca. Taip, ML dah beli PYPAC. Ntah bila pula nak baca yang itu. Terpengaruh, bila orang kata citer ni best. So, ML pun belilah. Lagi pun ABM ni Akan didramakan. For sure lah citer dia best kan. Kalo x, x Akan Ada penerbit yg nak adaptasi kan novel ni. X gitu? Moh kita layan sinopsisnya dia. 

22 October 2013

08 September 2013

Sha & Shah - Sha Ibrahim




Oh mai... setelah hampir setahun aku peram nak baca Sha & Shah ni, akhirnya, berjaya habiskan juga walopun deretan novel baru bersusun, entah kenapa aku capai juga buku ni??? okey, ni blog penulisnya.

10 July 2013

Dia Yang Kucari - Cempaka Qistina





Okey.. ni blog penulisnya. Baru lagi nampaknya blog tu. Seriusly, tertarik dengan cover yang comel. dan juga sinopsis dan sedutan di belakang buku. 

07 June 2013

Untuk Semua Dosaku - Rin Ahmad

ni blog penulisnya, Rin Ahmad. sebenarnya dah lama tahu pasal novel ni. tapi asyik terbabas jer dgn novel² lain. pas tu dah penasaran.. sebab lupa tajuk. nak tak nak, kena masuk website kaki novel dan tilik sinopsis satu-satu. finally, terbeli juga novel ni walaupun dah cetakan kedua. Okeylah tu.