11 March 2016

Klik! Pengantin Musim Salju - Suri Ryana

Klik! Pengantin Musim Salju - Suri Ryana




Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?


Hemmm... tahap keterujuaan ML terhadap novel ni sedikit dropp.. mungkin sebab dah lama x membaca kot....


Apapun.. tahniah buat suri dengan kehadiran baby baru ni, Ke japan lah pulak kita. tapi.. tapi.. tapi ML keciwa sikit sbb novel ni terlampau santai. ML mcm hilang rentak nak membaca. Bermula dengan isu kecurian tu. Eh.. ML terlepas baca ker apa.. mcm x perasan pun ada kes kecurian tu. SR pun x ceritakan detail.. tapi kalo ML memang terlepas.. sila maklum.. i need tu read it again. Part kolam renang tu.. hailah adam. over benou la engkau ni... hihihi.. okey..okey.. ML terima sbb masa tu mmg love in the air kan ... ok.. mak redho...

yang part Kaseh nak lari tu.. eh..eh.. jap.. ML kurang gemorlah bila si Kay tu tukar membahasakan diri dia Kaseh.. I like Kay. ok.. back 2 the point.. part nenek masuk ward.. memula ML rasa mcm klise sgt.. sikit-sikit nak lari.. sikit-sikit nak lari. Nasib baik SR ubah plot cerita.. muhahhaha... 

apapun, ni bukan hasil terbaik daripada SR. Kuranglah perisanya, Maaflah SR. ini hanya pendapat ML yang x seberapa. Jangan risau. Citarasa ML memmg pelik sikit.

Jangan marah ya SR

Rate: 3


No comments:

Post a Comment