Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.
“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.
Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.
Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal
Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
‘Make him fall for you!’- Damia
Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?
Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
ehemm.ehem... betulkan suara dahulu..
hemmm... sedih.. sebak..itulah yg ML rasa.. cerita ni sgt..sgt..sgt menyayat hati.
bagaimana si isteri cuba meraih kembali cinta sang suami. ya.. sebab dia sedar, punca utama adalah dia. dia yang memulakan. tetapi, itu tidak bermakna sang suami boleh senang-senang menduakan dia.
ah, lelaki... masa sayang, janji tu menggunung. cuba kalau dah jumpa yang lain.
dah Husna. ke mana dia menghilang. puaskah hati dia setakat menggoyahkan rumahtangga orang.. hahahha.. ML tak puas hati tu. kalau tgk dari mula, mcm dia nak dapatkan Shah balik. tapi.. x pula.. apa-apapun.. 5 start sebab buat emosi n feeling ML jadi kacau bilau. sedih duh...
kan kan kan... mana ntah hilang c Husna.. tiba2 MIA mcm tu jer..
ReplyDeletemcm nak tolak balik pulak satu star sbb x tahu ke mana husna...boleh?? hehhe
Delete