Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa' gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus
“Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus.
“Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa.
Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi.
“Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa
“Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus
Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli' kembali kepercayaan Merlissa
Hemm.. Ini novel kedua cik penulis. 1st novel dia mmg ML x baca.. Tp.. Mmg amat mendukacitakan...
Bg ML, watak Fir, sgt cenggeng... Sikit2 menangis.. Come onlah... Lelaki sikit...
ML agak terganggu dgn perkataan "gontoi". Apa tu. Jangan ckp bahasa INdon sudah... ML sikit x suka bila ada perkataan INdon... Gampang, dan beberapa perkataan lagi... Sayangi bahasa kita dik...
Jalan ceritanya pd mulanya agak mendatar, kemudian ok.. Dan berakhir dengan mendatar kembali.
Part epilog tu, rasanya terlampau panjang sbb ada part berbeza. Heemmm...
ML x suka cerita ni.. Bkn sebab Fir tu jahat sgt ker... Kejam sgt ker.. Tp sebab rasa cirita ni hambar sgt2.. Mungkin sbb emosi ML dah terbawa dengan JBC tu yg jdkan novel ni sedikit membosankan. Sorry Hana... Cuma i like Zarief.. Heemmm.... Boleh buat ML senyum sampai telinga ... Thanks to him... Kalo x de dia.. May be awal lg kot ML tutup naskah ni...
Komen sedikit negatif ni, bkn niat nak menjatuhkan penulis... Tp hanyalah pendapat tulus dr hati...jgn mudah terasa.. Moga lepas ni, boleh hasilkan karya yg lagi bagus. Karya ni hanya x menepati citarasa ML, dan pastinya, ramai lg yg bagi star bling-bling kan... So, don't worry
Rate: 2/5
No comments:
Post a Comment