29 August 2014

Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar


YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.

Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.

“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop


“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita


Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.

“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff

“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita


Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?


Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.

“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita

Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka



1stly.. senyum smp telinga dulu.
2ndly.. utk makluman.. ML mmg bias. Kalo ML suka, mmg ML puji melambung. so, mmg x boleh nak kata APA ya. semua hero ciptaan RM, ML suka. ( oh Mata ke at as, tangan ke bahu).. hahahhaha.. ayat sapa tu.

tp kesian jugak kadang2 Kat si Jelita tu. mmg teruk jugak dia kena main dengan Yusuff. x sangka pulak, sedegil2 org, sebengis2 orang, lembut jugak dek penangan si Yusuff

Rate : 4/5

2 comments:

  1. kesian Jelita yang dipermainkan perasaannya...sobs2x :'(
    Usop jahattt! Walaupun begitu sy tak suka back up Jelita tu sgt sebab dia agak kurang ajar la kan~ Ini buku pertama RM yang sy baca. Ok la...& xfaham kenapa ayah dia perlu rahsiakan perkahwinan tuan punya badan? why...why pak cik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mcm x logik lak ka.. sedangkan... anak dia bkn jenis liar pun nak paksa-paksa mcm tu.. hehheh...tapi kalolah betul x der komplot dlm perkahwinan depa ni... mesti lg best kot

      Delete