“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri
NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri
“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah
“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri
Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?
Hemmmm... Novel dik RM yg pertama... Apa yg ML nak cakap, ML x suka watak Am. Am yg gila nak menguasai. Huh, cepat betul hati dia berangin eh... Menuduh melulu. Bukan hanya Fiah yg terngadah bila dihukum tanpa mampu membela diri. Ni ha... ML sendiri pun... Adoi...
Izham... I like him... Sanggup melepaskan si dia yg tercinta asalkan dia bahagia. Tapi bila dia jatuh cinta kat Sarah, hemm.. Sakit Pulak hati kiter.... Am jahat.
Zura ... Mmg nak kena debik budak tu.. Am x matang
Aqam... ML suka dia jugak... Am kebudak-budakan
Kak Anah... ML x tahu.. Ada ker x dlm dunia ni wanita sekuat tu, sesabar tu. Kalau ML kat tempat dia... ML mmg lebih kepada Fiah kot... X derlah sanggup nak hadap masalah tu berbelas2 tahun. Tp x tahulah.. Sbb x kena atas diri sendiri kan... Eee... Rasa nak cekik Am
Lastly, Nur Wafiah. Hemmmmm.. Apalah malang benau nasib mu... Tapi, hatimu dilukai berkali2. Berkorban boleh sahaja demi nak lihat org2 yg tersayang bahagia. Tapi, x salah rasanya, bagi peluang dan ruang untuk sesekali diri sendiri kecap bahagia...
Congratulation to RM. Walaupun novel ni agak berat... Tp boleh puji lah sbb ML mmg naik menyampah dgn Am. Tapi Rate rendah sbb ML x suka Am... Hahahha...boleh...?
Rate :4/5
tak baca lg citer ni.. ingat nak wat koleksi jg novel RM. huhuhu
ReplyDeletehehhehe... baca..baca
Delete