14 September 2014

Di Penghujung CIntaku Adelia - Wan Rohayu


 
 
Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.
Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang-langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?
Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.
“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha
“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia
Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?
Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

1st.. Mcm x kena jer tajuk ... Hahahahah.. Jgn marah... Ini hanya pendapat ML.. Nak2 bila pasha ckp mcm tu masa kat kubur.. Lagi spoil tajuk..

Huhuhuhuhu... Sadis... Agak terganggu bila baca naskah ni. Penulis spt terlalu agungkan watak hero dan heroinnya. X salah... Tp bg ML, memang over giler.. Adelia digambarkan super Duper cun yg jd kegilaan ramai. Come on..... Bukan hanya Suraya yg gedik jer yg menyampah... ML pun naik menyampah dah baca gambaran tu. Semua orang yg Adelia kenal, wajib jatuh cinta pd Adelia... Heh... Bidadari lah sgt...Hadoi... ( ok... Ini hanya penilaian ML bila baca naskah ni)

Benda yg paling ML x suka, bila penulis ni ada trade mark dia sendiri tau iaitu " tak hengat"... Ya, Allah ... Naik hijau muka ML kalau Jumpa perkataan tu... Banyak giler kot perkataan

Sakit tak hengat, cantik tak hengat, comel tak hengat, cuka tak hengat.... :p

Come olah... Boring... Boring....

Ending dia pula, mcm tergesa-gesa. X sabar Pulak penulis nak habiskan eh? Rasanya, part yg last tu, kalo kembangkan, lagi menarik kot...
Apa yg ML kecewa, sampai ke sudah Adelia x tahu, atas alasan apa Pasha tinggalkan dia.

Sebelum ni, kalau x silap ML, LNP ada buat contest dan kalo x silap lg Pasha menang watak hero paling dibenci... Hemmmmm... Bg ML, ML x der lah benci pd Pasha tu. Sbb, watak dia yg x mengendahkan dan sedikit kejam kerana buat2 x kenal Adelia, x derlah membolehkan Pasha dibenci. ML rasa Aizril dlm AIT lg kejam kot. Menitik air mata ML .. So, kalo suruh undi, ML memang anggap Pasha tetap x perlu kot utk dibenci. Tp... X tahulah kalo dlm semua novel terbitan LNP , mmg PAsha paling jahat.. So memang layak la...

Rate:2/5

2 comments: