Who Am I???

Oh.. Madam Lola (ML) bukan sesiapa. Manusia biasa yang suka mengkritik dan tak suka dikritik. Hahha.. Jangan marah. Boleh jer kritik. Nama lagi manusia. Selagi bergelar manusia, kita tak lepas dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Kadang-kadang kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak kerana pendapat dan pegangan kita sebagai manusia adalah berbeza.

ML mula berjinak-jinak dengan blog ni dari tahun 2006. Tapi, ialah.. masa tu hangat-hangat taik ayam jer. Ni kira ntah blog ML yang ke berapa ntah..dan blog ML memang diprivatekan jerpun... malulah nak kongsi rahsia hati.

Lepas mood menbaca novel kembali, ML buat keputusan nak buat review novel-novel yang ML baca. Bukan aper, semenjak umur dah bertambah ni, kerap lupa novel mana yang dah baca, novel mana yang belum. Bila dah separuh baru teringat, oh, novel ni dah baca. 

ML peminat tegar Nasi kerabu. Tapi, nama jer peminat tegar, buatnya tak pernah sekalipun. Hahah.. pencinta warna biru dan  peach , ibu kepada Lovelyaiz dan... apa lagi ek??? tulah.. kan dah ckp, nothing special.

Kepada Novelis yang singgah di blog cikai ni, ML mehon maaf, andai kritikan ML mengguris perasaan korang. Anggaplah itu satu pemangkin untuk korang terus berkarya (ewah.. ayat.. skima x boleh tahan...) Itu hanya pendapat peribadi ML. Jangan risau, tak semestinya pendapat ML sama dengan orang lain... 
 Okey!!>PEACE ...




 
https://www.facebook.com/pages/Madam-Lola/1628889347336360?ref=page_internal&sk=timeline

madamlola2008@gmail.com

2 comments:

  1. Suka baca apa yang di tlis..semua nampak jujur..nvel best sis cakap best,tak best cakap tak best...

    hope nanti sis sudi baca nvel sy dn buat review kat sini..saya tunggu masa itu...

    Jemput singgah blog saya..http://wannurnajihah.blogspot.com/

    ReplyDelete