Permulaan novel ini agak membosankan. Tak tahu mengapa, aku rasa macam nak langkau sahaja.. dan hampir mengantuk dibuatnya ketika membaca permulaan kisah ini. Perkenalan Nur Irdina Farhani (Hani) dengan Nurul Adlyan (Lynn)bermula dengan suasana yang tegang. Beberapa kali mereka bergaduh dan bertikam lidah. Namun bertukar menjadi rapat dan declare sebagai saudara @ adik beradik setelah beberapa bulan menjadi rakan sebilik. Hubungan rapat mereka bukan hanya meliputi mereka sahaja tetapi juga keluarga masing-masing.

