Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

02 September 2020

Sentuhan Kecundang

 

Arlina yang penuh misteri, itu yang Zarief rasa. Tapi bagi Hafif, siapa pun Arlina, wanita itu tetap istimewa di hatinya. Cuma, saat Arlina hadir sebagai isterinya, dia belum bersedia.
Dan ketika Arlina minta dilepaskan, dia akur.

“Abang pilih untuk penuhi permintaan Linn. Tapi Linn tak boleh paksa abang untuk lepaskan Linn dari hati abang....” Nafas Hafif tarik panjang.
“Someday, no matter how, I’ll find you.”
Arlina telan liur mendengar sumpah janji Hafif. Andai Hafif kembali, mahukah sekali lagi dia pertaruhkan hatinya pada lelaki ini?

Hafif yang penuh rahsia dan Zarief yang lebih banyak diam dari bersuara. Hafif yang pernah menjadi suami dan Zarief yang mahu menggantikan tempat adiknya.

“Alonggg...”
“Panggil saya Zarief. Jangan panggil Along lagi. Sebab panggilan tu akan mencipta jarak antara kita.” Zarief memintas.
Arlina terus terdiam.
“Atau, kalau nak mesra lagi, panggil sayang.”

Mampukah seorang Arlina membuat pilihan apabila yang disajikan di depan mata adalah dua lelaki yang lahir dari rahim yang sama?

Hidup ini bukan hanya tentang apa yang orang lain fikir dan apa yang orang lain mahukan. Tapi yang lebih penting dari itu, apa yang kita fikir dan kita mahu untuk diri sendiri.

26 September 2014

Bukan Isteri Simpanan - Mia Kiff

 
DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.
 
AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi, siapa sangka, lelaki tak normal itu juga jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? Sampai bila Afiff mampu bersandiwara demi menyembunyikan sesi gelapnya?
 
KHALIFF - Lelaki penyayang yang menjadi sang pelindung buat Dania, saat duka mahupun gembira. Tekadnya bulat, mahu memperisterikan Dania. Namun cintanya terpaksa dikorbankan demi menebus kemaafan atas perbuatan silam arwah mamanya.
 
IRDINA - Kenapa kau hadir di saat segala kisah duka sudah hampir terlerai, saat bahagia sudah mula menjenguk jendela hati? Kau memang perosak, Irdina!
 
"Kenapa kau kahwin dengan aku? Apa niat sebenar kau?Aku pelik, sebab aku tak rasa yang aku ni macam isteri orang. Aku je yang beria-ia nak jadi isteri solehah, tapi kau? Aku rasa macam aku ni isteri simpanan kau je. Kita ni dah macam housemate!" - Dania
 
"Aku tak pernah sentuh Nia. Kami tak pernah jalani kehidupan seperti suami isteri yang lain. Dia tu aku anggap macam isteri simpanan aku je." - Afiff
 
"Baiklah, kalau itu yang ummi inginkan daripada Khaliff, kalau mengorbankan cinta Nia boleh melangsaikan dendam ummi pada arwah mama, Khaliff akan lepaskan Dania pada Abang Afiff." - Khaliff
 
"Afiff, sudahlah tu. Biarlah isteri you tahu hubungan kita. Dah tak boleh nak tutup lagi dah rahsia ni, satu Malaysia pun dah tahu. So, you sebagai bakal madu I lah ya? Hmm, I tak kisah pun bermadu dengan you. I tahu, Afiff akan berlaku adik. Kan sayang?" - Irdina
 

31 December 2013

Happy New Year



2013 mula melabuhkan tirainya. 2014 sudah menjelma. Alahai.. sekejap je masa berlalu.

Januari 2013
Buku pertama ML baca 2013 adalah Lelaki Versi Dia  (LVD)
Buku pertama yg di beli tahun 2013 adalah Isteri Separuh Masa (ISM)

Disember 2013
Tahun 2013 ML akhiri dgn membaca Dan...Gerhanalah Sejuta Cinta (DGSC)
Buku terakhir ML beli tahun ni adalah aA+bB - Hlovate. Baru beli kat jualan JS ari isnin lepas....

Tahun 2013, ML hanya berjaya membaca sebanyak  100 Buah novel, 3 buah mini novel, 2 buah koleksi cerpen dan mini novel dan 1 buah buku motivasi.  ada lagi lebih 50 buah buku yang suka-suka hati dibeli tapi x sempat nak baca.ML, sila buang perangai tu untuk tahun 2014 ya... 
Januari 2013, ML sempat habiskan 20 buah novel dan Disember 2013 pula, hanya 3 buah novel... ML bz...

2013 juga ML membeli ..tet...tet... Biji novel.... Hahaha, x leh nak mention kat sini berapa biji, haru pakcik Kome dtg menjenguk. Buatnya dia kata "enough", x ke menggelupor jd ya nanti...so biarkanlah jumlah tu ek....

Niat 2014, ML nak lengkapkan koleksi Aina Emir(AE), Syamnuriezmil, Nass Alina Noah(NAN), Liana Afiera Malik(LAM) dan juga Hlovate.  Masih byk buku-buku koleksi NAN yang ML x dapat. maklumlah, kebanyakkan dah x ada cetak. so, nak tak nak ML kena beli yang secondhand. nak belipun, kenalah ML tengok2 dulu. Sebab.. x naklah ada pembelian x berbaloi. bayar mahal2 untuk buku yang dah hampir lunyai.

18 June 2013

Kudamba Bahagia - Dhiya Zafira

 

Ni merupakan novel pertama karya Dhiya Zafira pada tahun 2007.  hemmm... nak komen pasal apa ya???i'm not feeling well.. got flu and fever.. tapi mood membaca tu masih ada... so, x nak review banyak-banyak.

18 May 2013

Cinta Hujan Panas - Emma Maizura






agak lama masa aku ambil habiskan novel ni. Sebab? bz dengan kerja yang tak pernah nak habis. maklumlah, bila jadi kuli ni kan.. asyik kena arah buat kerja itu ini jer. tapi, x perlah, kalo aku x der kerja, memang mengadap novel jerlah kerja aku. nasib baiklah ada weekend, so, bolehlah habiskan.. sebab x sabar nak baca koleksi Sunan.. dah naik berhabuk, asyik duk baca buku baru jer, buku sunan tu, x tahu bila nak khatam semua....

15 May 2013

Aduhai Bos Bertuah! - Zan Zarida



Aduhai...itu yang boleh dilafazkan... rasa???rasa sedikit menyesal membeli buku ini. cover dah cantik, tajuk dah cantik. tapi jalan cerita... maaf ya cik pengarang. kurang kena dan kurang menyengat.... maaf sekali lagi.. ini hanya pendapat saya.


09 May 2013

Andai Bukan Untukku - Sya Ryana






Dah lama nak beli... akhirnya terbeli jugak masa PBAKL ari tu. Hem...ni blog penulisnya. 

Selamat Malam Kekasih ke layar

Pagi ni jenguk blog kak Aina Emir dan dapat info Selamat Malam Kekasih akan di dramakan... ouh... aku memang x sabar. Tapi bila dapat tahu UM akan dijayakan oleh Aidil Azizi... em.. aku tak dapat kata apa. Kita just tgk jer macam mana.. tapi heroin dia Fathiah as Maya Karmilla... itu aku suka.. bkn aku x suka pada Aidil Aziz.. tapi, sebab dia baru lagi.. then aku pun rasanya hanya tgk dia berlakon dalam 1-2 drama kot.. tapi, kak Aina Emir kata okey.. ishk x sabar nak tgk my UM tu....

08 May 2013

Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar




Sedih… itulah yang mampu aku cakap. Setiap masa baca novel ni, telinga aku panas. Pipi aku pun macam tu jugak. Sedikit membahang. Mungkin sikap angin astu kepala Syaima ni lebih kurang aku kut… hahahha… Tapi, cerita ni, tak adalah menarik emosi aku hingga menangis bagai. Mungkin situasi aku tika membaca novel ni… aku tak focus sangat pada emosi. Iyalah, kejap-kejap berenti…

05 May 2013

Ingat Janji Kita - Murni Aqila



Okey.. ini blog penulisnya... sebenarnya, ini novel kedua dia yang aku baca. Novel dia yang pernah aku baca Cinta Aku Seadanya. Nantilah aku buat ulang baca novel tu.. dah lama sangat dah baca. masa memula keluar tahun 2010 kalo x silap. Nak ulang baca kena tunggu deretan buku baru yang tgh beratur nak dibaca.. nak-nak smlm rembat lagi buku kat PBAKL. So, lambat lagi kut nak ulang baca CAS tu.

04 May 2013

Rindu Kamu Mr. Darcy - Syamnuriezmil




Em.. aku sebenarnya tak sempatpun nak baca walau sedikitpun novel ni secara online. Tapi sebab aku memang minat giler kat Suamiku Mr. Perfect 10!(SMP10), so aku rembat jer masa kat PBAKL  ari tu. Malas nak fikir banyak-banyak sebab keadaannya yang tersangatlah macam ikan sardin . Orang yang serbu bilik Melaka untuk beli buku Karya Seni macam semut hurung gula... naik pening den.. back to RKMD...

Last day at PBAKL


Kerja giler... itulah boleh aku cakapkan. Aper x gilernye.. minggu lepas aku dah pergi PBAKL, minggu ni, aku pergi lagi...bukan aper... aku masih nak rembat lagi beberapa buku. Tapi yang hampanya, hanya beberapa jer aku sempat rembat.

03 May 2013

Calon Isteri Jutawan - Nuriffa


Okey... aku beli novel ni kat PBAKL ari tu lepas syok baca kat blog penulis dia. Kira hot from oven jugak lah ni....


02 May 2013

Ad+Iz - Eury Athena




Ni blog penulisnya, tapi sebenarnya, aku baca kat sini. lepas baca dan² tu juga den jatuh cinta. ya, memang ni novel lama. then carik kat mphonline pun tak der.. kat kaki novel ade... tapi , aku ader problem sikit nak shopping kat sana... hehhehe...bukan perkara besar pun, tapi masalah pembayaran jer.. bank yg aku guna tu susah sikit nak buat bayaran kat situ....  then, kesempatan masa PBAKL ari tu, masa sampai jer kat booth kaki novel, buku ni dulu aku cari. alhamdulillah.. dapat.. dan ader diskaun lagi RM7... i like...

29 April 2013

Playboy Itu Suami Aku - Suri Ryana





Okey.. ni pisang goreng PANAS...PANAS.... Kejam ke kalo aku buat review sekarang.. hahhaha...  ni aku kasi sinopsis kat belakang buku

28 April 2013

Oh my limited edition of PISA




ceritanya begini.... sampai kat PWTC, terus mencari booth Kaki Novel. Tapi tak jumpa.. yang jumpa dulu, Karya Seni kat Bilik Melaka.Orang???Ya Allah.. tak payah cakaplah. Dah kalah ikan sardin. Aku just ambil beberapa buku yang dah aku listkan. Tapi still ada yang tak jumpa. Lepas bayar, terus nak cari Kaki Novel. nak kejar Suri Ryana. time dia just 11.30 hingga 12.30 jer...

25 April 2013

Alahai.. tak sampai hatilah pula....



seriusly aku rasa tak sedap hati bila nampak rate di atas. Ramai juga yang menjengah blog ni untuk baca review yang aku buat mengenai Cik Blur dan Encik Ikhlas. Tapi, aku minta maaf banyak-banyak sebab aku tak bagi review yang diperlukan oleh korang. kenapa ek??Ok... seikhlas dan serendah hatinya, aku mengaku, aku terhibur dengan karya itu, cuma.... memang aku rasa ringan... tapi, untuk tidak menghampakan, aku janji, aku akan repeat baca. tapi, bukan dalam masa terdekat nilah. nanti aku buat review kasi korang puas hati. okey.???

22 April 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-Man Sufi

Alhamdulillah.. dah selamat membaca Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), novel ke-3 E-Man Sufi... hheemmmm............mula-mula x perasan cover tu...lama-lama baru perasan.. badan Jebat ghupernya...

Seperti HCSPH, BKATC pun merupakan ada kaitan dengan SYK. Tapi rasaya,  BKATC lagi banyak kaitan dengan Uwais dan Hannah. Maklumlah.. ni kisah Mastura pula, adik Hannah Maryam. So memang akan ada kena mengenalah dengan Uwais dan Hannah. Kalau HCSPH, Wafeen  tu sepupu Uwais... tu yang banyak kisah diarang tu kot. Tapi, Wafeen dan Rayyan ada jugak terselit satu sikit.. kira pelakon jemputanlah... hahhaha



18 April 2013

Alamak! Lagi-lagi Dia - Mazni Aznita







Alhamdulillah.. pukul 11 pagi tadi novel ni sampai kat tangan aku dengan selamat. dan macam orang gilernya, aku terus baca dan selesai sudah.. hihihih.. puas hati??? memang puas hati dengan karya Mazni Aznita ni.. tapi ader sedikit keciwalah... hehhehe???