aku mula jatuh hati dengan novel ni bila baca novel ni kat penulisan2u. dan terus jer aku nak tahu kisah lanjut mengenai Kasih dan Encik Ikhlas ni.Kisah mengenai Kasih yang tertekan kerana sering dibuli oleh bos atasannya Encik Ikhlas.Tanpa dia sedari, Encik Ikhlas sebenarnya ada menyimpan perasaan kepadanya. Peluang menjadi majikan kepada Kasih menyebabkan dia mengambil kesempatan terhadap Kasih. Tetapi, tindakan Kasih dengan berhenti kerja menyebabkan Encik Ikhlas menjadi tidak keruan.
setelah berhenti, Kasih menggantikan ibu saudara sahabatnya, Pijot, menjadi pembantu rumah. Pada masa itu, ibu saudara Pijot pergi menunaikan Haji.Tanpa disangka, rupanya rumah yang dia bekerja adalah rumah Encik Ikhlas. Setelah kantoi, Encik Ikhlas melayan Kasih dengan baik sekali.
dalam dia, mereka menjadi rapat. Tetapi, badai menimpa apabila Encik Ikhlas terpaksa menerima keputusan keluarganya untuk berkahwin dengan pilihan mereka. Dan Kasih juga bakal ditunangkan dengan anak kawan ibunya. Tanpa disangka, pada hari merisik, Kasih mendapat tahu, lelaki yang bakal menjadi tunangnya adalah Encik Ikhlas. Encik Ikhlas tidak mahu bertunang tetapi mahu terus bernikah.
finally mereka pun bernikah. hem... nyesal pulak beli buku ni... memang komedi romantik aku suka... tapi... ringan sgt...
Rate: 3/5
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMaaf tuan punya blog. Singgah sekejap. Kalau awak berminat nak jual buku Airisz Ni, boleh jual kat saya. Saya ada mini library. Just reply kat sini atau boleh singgah blog saya,
Qalamterakhir.blogspot.com~
Tq in advance ya.