Ulang baca: Perkenalan antara Intan Azureen dan Hanif Ashman membibitkan rasa yang indah di hati Zureen. Tetapi, keindahan itu tercalar apabila kehadiran Mak Longnya ingin mempercepatkan perkahwinan Zureen dengan anaknya Hanif Azman yang telah bertunang selama 6 tahun. Zureen merasa gelisah. Bagaimana harus dia berkahwin dengan Azman sedangkan dia tidak pernah kenal dengan Azman. Dan hatinya sudah terpaut pada Hanif.
Dia cuba mengelak tetapi ibunya seakan-akan menyalahkan kerana telah menerima pinangan Mak Longnya semasa arwahnya masih hidup. Dalam keresahan itu, Zureen meneruskan juga hubungannta dengan Hanif kerana rasa cinta mereka semakin membara. Namun apabila Azman terserempak dengan Zureen dan Hanif sedang makan, menyebabkan Azman naik angin dan meminta mempercepatkan pernikahan mereka. Dan saat itu juga Hanif semakin menjauhkan diri daripada Zureen. Zureen kebingungan. Dan adik Zureen pula telah terserempak dengan HAnif bersama seorang kanak-kanak yang memanggilnya daddy. Hati. Zureen tersayat kerana baru tahu ia telah bercinta dengan suami orang.
Semasa memulangkan barang permberian Hanif kepadanya, Zureen berkenalan dengan anak Hanif. Dan pada ketika itulah baru Zureen tahu, Hanif merupaka abang kepada Azman, anak mak Longnya yang telah merajuk dan dibuang keluarga 6 tahun lepas. Dan Hanif jugalah lelaki yang sering membantunya ketika kecil sekiranya dia dibuli Azman.
Pemergian Hanif keluar daerah kerana urusan kerja menyebabkan anaknya ditinggal kepada ibu Zureen. Dan merapakan hubungan kedua beranak itu. Azman memberitahu Zureen ingin membatalkan perkahwinan kerana ada lelaki lain menyebabkan mak longnya marah. Dan ketika itu, Hanif memunculkan diri. Dengan siapa sebenarnya Zureen berkahwin, dan apa rahsia Hanif Ashman sebenarnya... juga apa sebabnya mak long beria mahu menjadikan Zureen menanti.. sila baca...
Rate:5/5
No comments:
Post a Comment