03 February 2013

Rembatan di Hari Ahad



Seperti dijanjikan, saja aku nak mengendeng hasil rembatan yang sempat diangkut kat Book Fair kejap tadi... Kalau ikutkan, nak rembat lagi banyak, tapi rasanya cukuplah buat masa ni kot. 
Tapi aku sedikit kecewa. Sebenarnya, aku jarang pergi tempat² macam ni, sebab aku agak tidak selesa tempat yang ramai orang. Sebelum ni, pergi masa DBP buat jualan kat Pusanika. Masa kecik-kecik dulu, tak ingat la pulak ada ker tidak pergi.

Apa yang aku kecewa? .Harga jualan novel sama sahaja. Maksud aku jika di compare kan dengan pembelian secara online. Contohnya, novel terbitan Kaki Novel, diberi potongan RM4. Begitu juga terbitan Karya Seni. Kalau beli kat MPH ker atau kedai² buku lain memang mahal sikit la...so rasanya, lepas ni x mahulah beli kat book fair... beli online jer... ikut kemampuan. Parking x bayah bayar, minyak pun tak payah keluar.

tapi terubat juga kekecewaan aku bila sempat merembat 3 biji novel english tu. walaupun pada hakikatnya, aku tak tahulah bila masa aku mampu nak membacanya. tapi seriusly murah giler... RM10 jer sejibik. Walaupun novel lama, tapi masih releven dibaca. aku ade berkenan beberapa buah novel aksi, tapi tak sanggup pun nak beli sebab takut nanti setahun baru katam buku tu, asyik membelek kamus jer... maklumlah, SPM my BI memang x kredit walaupun masa degree dapat flaying colour dalam subject bahasa Inggeris. 

Masa tayang gambar ni kat FB, ada pula member aku bertanya, bila tu nak habis baca tu?Insya-allah, kalau aku start membaca, memang seminggu boleh habis tu. tapi, kalau aku belum start memang lambatlah. tapi bagi novel melayu sahajalah... novel BI tu.. tunggu dulu yer....

lepas ni, nak buat koleksi karya Ramlee Awang Mursheed pulak. Dah jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Bila di google, ramai jugak peminat Laksamana Sunan tu, ni yang tak tahan ni...

No comments:

Post a Comment