Kisah gadis kampung bernama Ainnur (Ain) yang tergila-gilakab sepupunya Ashraf Khairi (Ash) tetapi lelaki tersebut amat membenci dirinya hanya kerana dia adalah gadis kampung. Bagi Ash, gadis kampung hanya tahu memberi makan itik dan ayam sahaja. Kerana hinaan itulah, dia menjadi seorang yang berjaya hingga mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam TESL.
Setelah menerima pinangan daripada ibu Ash, Ain nekad untuk menerima walaupun penerimaan lelaki itu memang dingin kepadanya. Namun, dia bertindak untuk merahsiakan tentang pekerjaan dan kelayakannya daripada jejaka bandar itu.
Sifat cemburu Ain ketara apabila Ashraf menggesa Ain ke KL untuk menemui "kekasih"nya. Tanpa diduga. "kekasih" yang diupah oleh Ashraf untuk menyakitkan hati Ain dan memutuskan pertunangan mereka tidak menjadi apabila "kekasih"nya itu adalah rakan baik Ain sendiri iaitu Annisa. Semasa ingin pulang ke Penang, Ain terserempak dengan Abang Faisal, rakan lama dan juga lelaki yang menyintai ain sepenuh hati dan pernah menyampaikan hasrat untuk menyunting Ain tetapi telah ditolak dengan baik kerana Ain menyintai Ash. Ash dilanda cemburu apabila Faisal memanggil Ain sayang lantas memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami Ain.
Identiti Ain akhirnya terbongkar di malam pernikahannya apabila Ashraf masuk ke bilik pengantin dan melihat bukti kejayaan gadis kampung itu. Dia terkedu tetapi menjadi marah kerana rasa tertipu. Setelah itu, setiap panggilan dan SMS daripada sang isteri langsung tidak dilayan.
Sekembalinya ibu Ashraf berjumpa rakan lamanya iaitu ibu bapa Ain Airina, gadis pertama yang pernah bertakhta di hati Ashraf memberi perubahan besar kepada diri Ash apabila Ain Airini menyatakan dia tidak mengenali Ashraf.Dia akhirnya pulang ke Penang untuk memujuk dan berbaik dengan Ain. Pelbagai alasan dilakukan untuk berbaik-baik dengan Ainnur namun gadis itu seakan beku.
Happy Ending .. em,... menyesal pula tak cari review .. sebab macam menyesal pulak beli buku ni... huhuhu
Rate: 3/5
No comments:
Post a Comment