Buku ni dibeli dengan harga RM10 masa Book Fair hari tu. May be kaki novel kasi promotion untuk habiskan stok lama. Memang buku ni buku lama sikit. Tapi x rugi beli kerana jalan cerita dia memang menarik jiwa dan raga... hahhah... over la pulak...
Nadia memperkenalkan abangnya Faris Zakwan (Faris) kepada rakan baiknya Haryani (Yani) dengan harapan akan hadir perasaan cinta antara kedua-dua insan yang dia sayang itu. Namun, perasaan malu dan segan di hati Faris menyebabkan Yani terlepas kepada orang lain.
Pertemuan pertama antara Yani dan Nazrin menyebabkan lelaki kasanova itu tidak keruan. Kehandalannya dalam memikat telah mencairkan hati Haryani. Namun kecurangan Nazrin tidak mampu mematahkan cinta di hati Haryani.
Saat ditinggalkan kekasihnya Maya, Nazrin tidak mahu kehilangan Haryani. Ketika Yani ingin memutuskan hubungan mereka kerana tidak mahu menjadi mangsa kecurangan Nazrin, lelaki itu bertekad untuk melamar Yani kerani tidak rela Yani terlepas ke tangan orang lain. Hati Haryani masih belum kukuh sama ada perasaannya kepada Nazrin mahupun hatinya terhadap Faris. Ketika mahu mengetahui perasaan Faris kepadanya, lamaran daripada Nazrin diceritakan kepada Faris. Tetapi Faris hanya berlagak selamba. Pada Haryani, jelas Faris tidak mempunyai perasaan kepadanya lantas dia terus menerima Nazrin walaupun hatinya berbolak balik.
Apabila diperkenalkan kepada keluarga Nazrin, barulah Yani tahu bahawa Faris dan Nadia merupakan adik Nazrin. Kejutan itu membuatkan Faris rela melepaskan Yani kepada Nazrin memandangkan Faris merupakan anak angkat keluarga itu.
Dalam tempoh bertunang, Nazrin berubah sikap. Doa tidak lagi berfoya-foya. Namun kemunculan Maya untuk membalas dendam di atas luka yang diberikan Nazrin kepadanya dan menyelamatkan Yani dari terus ditipu Nazrin menjadikan lelaki itu semakin menggilai Maya dan mula mengabaikan Yani. Yani hanya ditemani air mata apabila Nazrin sering memungkiri janji dalam menyediakan persiapan perkahwinan mereka sama ada dari hal fitting pakaian pengantin dan juga urusan pembelian cincin perkahwinan. Faris dijadikan galang ganti bagi menggantikan dia sedangkan dia berfoya-foya dengan Maya.Faris pula dengan rela hati menggantikan Nazrin kerana tidak rela melihat pujiaan hatinya kecewa dan bersedih.
Enam bulan perkahwinan, Yani semakin terasa kehilangan Nazrin. Nazrin dan Maya pula semakin rapat. Pergaduhan sering terjadi dan membuatkan Yani makin makan hati. Bila disuarakan, Nazrin begitu pandai memujuk. Akhirnya Nazrin berjanji unti bercuti bersama Haryani. Tetapi seperti biasa hanya Haryani yang bercuti seorang diri sedangkan Nazrin dan Maya pula bercuti di tempat lain. Haryani sudah penat. Di kala itu, Faris hadir sekali lagi menjadi penyelamat. Haryani meluahkan apa yang dia rasa terhadap Faris yang pernah ada suatu masa dulu semakin jelas. dan sebenarnya dia yang keliru tentang perasannya sendiri. Tetapi Faris menolak kerana dia hanya boleh menerima Yani sebagai kakak iparnya walaupun cinta di hatinya masih menggunung.
Pulang dari bercuti, Yani ingin membuat perhitungan dengan Nazrin tentang perasaannya dan juga tentang gambar-gambar percutian Maya dan Nazrin yang telah sampai ke tangannya.Hal itu telah menjadikan Nazrin kecut, Dalam perjalanan ke rumah ibu bapa Nazrin mereka bertengkar lagi sehingga Nazrin tidak mampu menahan perasaan marahnya sehingga membuatkan mereka mengalami kemalangan jalan raya dan membuatkan Nazrin terkorban dan Yani pula hilang ingatan.
Demi untuk melihat Yani kembali tersenyum dan tidak menangisi keadaan hidupnya yang sedih itu, Faris bertindak merubah sejarah hidup Yani. Dia dan Yani dikatakan merupakan tunang dan akan bernikah. dan hubungan Yani dengan keluarga Faris pun baik.
Konflik berlaku apabila sidat tamak dalam diri Mak Ngah apabila mengugut Faris untuk mendedahkan identiti Yani ketika wanita itu sedang mencari dirinya. Dia telah mendedahkan apa hubungan Yani dengan Faris dan juga Nazrin. Yani rasa dikhianati dan ingin membatalkan perkahwinan mereka.Faris jatuh sakit kerana kemurungan. Keadaan itu memberi kesan kepada Yani. Namun Faris bertindak melepaskan Yani kerana dia tidak mahu Yani menerimanya dalam keterpaksaan. Dia mahu Yani menerimanya dengan perasaan Yani sendiri. Penolakkan Faris membuatkan Yani berjauh hati dan merajuk lalu membawa diri.
Keadaan Faris semakin teruk membuatkan Nadia bertindak merayu kepada Yani. Akhirnya Yani akur dan pulang kepada Faris. Dalam perjalanan pulang, Yani kemalangan sekali lagi dan dia akhinya pulih kerana ingatannya kembali dan dia tahu bahawa cintanya sememangnya untuk Faris. Happy ending .
Rate:4/5

No comments:
Post a Comment