27 February 2013

Handbag

Ni saja lah gatai nak cerita pasal jenis BEG. Aku pasti korang sure ramai yang sukakan handbag dan of course lah bersusun handbag korang. Setengah orang dia suka buat collection handbag, ada yang berkenan jer dia beli, nampa yang cun jer rembat. Sampai macam-macam colour. Ikut warna baju pun ada. Ada setengah orang pula, jenis yang pakai beg tu sampai lunyai. So korang jenis yang macam mana? Aku? Aku ni jenis… yang dua-dua kot….

Okey masa muda-muda belia gitu.. means awal 20-an, aku tak suka pakai handbag melainkan kalau nak pergi kerja. Aku lebih suka berlenggang-lenggang kangkung sambil jalan-jalan. Kalau shopping pun tak suka bawak plastic. So saper yg keluar ngan aku sure jadi mangsa tukang pegang plastic bag aku. Nasib baiklah aku  ni bukan kaki shopping sangat tapi window shopping addicter.. huhuhu… sabor jer lah….
So, untuk menyenangkan aku berlenggang-lenggang kangkung, aku lebih suka guna wallet berbanding purse. Sebab? Kalau pakai purse leceh sikit… kalau pakai wallet, wallet kan tahan lasak… wallet yang sentiasa duk kat dalam poket seluar mcm lelaki tu.. then, mulalah punggung tu tebai semacam. Tapi bukan tebai sebab banyak duit pun, tapi sebab tebai banyak khazanah-khazanah seperti slip-slip ATM yang disimpan lepas draw duit. Tujuan apa? Aku pun tak pasti.. tapi peel tu memang masih ada sampai sekarang…dan lagi satu yang membatu menggembungkan wallet aku adalah kad-kad yang ntah aper-aper mcm Jusco Card, Sogo, MPH… kalo boleh semua jenis card semua nak buat…. Nasib baiklah peel tu dah tinggal sikit sekarang ni. tapi, apa nak dihairan sangat kalau pakai wallet ni, sesuai sangat dengan aku yang langsung tak ada gaya feminine ni….

Bila dah ada anak sorang, bag pun surelah berubah bentuk. Kalao zaman anak dara dan belum ada anak, tak ada maknanya aku nak jalan-jalan bawak handbag. Tapi bila dah ada anak, kenalah bawak. Bukan nak tunjukkan, oi, aku dah berubah jadi ladies la.. bukan…bukan sebab tu, tapi sebab utamanya adalah nak menyumbatkan segala macam barang baby. Botol susulah, susu lah, pampers lah, baju spear lah, wet tissue lah… dah ghuper poket doremon dah… seluk jer tangan, keluar macam-macam.
Tapi, yang sadisnya, macam dah senget dah bahu membawa segala macam kat dalam bag tu. Beratnya hanya Tuhan yang tahu dan bergantung kepada keperluanlah.. setakat nak pegi sejam tu, takkan macam nak travel 8jam… kalo ghuper gitu gayanya… mamang tak sampai setahun dah patah bahu.

Then, now… dengan bangganya, aku boleh bawak beg kecik.. hoorey… kecik mcm mane? Alah yang macam anak-anak dara bawa lah… just muat purse, handphone. Tapi still kena ada ruang juga untuk letak tisu ataupun sapu tangan anak. Tak pun vicks ke… gula-gula ker.. maklumlah.. anak ni.. bukan boleh diduga….
Sekian, cerita hari ini

No comments:

Post a Comment