selesai membaca Kau Laksana Bulan.Agak lambat sikit habis membaca. Sibuk dengan urusan-urusan yang perlu di dahulukan. Minggu ni "gila" kepada karya Aina Emir. Sebab ada 3 biji karya dia yang aku pinjam last week iaitu Terbanglah sayang, Kau Laksana Bulan dan Matahariku. So, lepas baca buku ni, aku pun googlelah .. boleh pulak tahu ada drama Kau Laksana Bula pada tahun 2010. Mak ai.. kena aku tak tahu ni. Then, baru tahu kenapa aku ketinggalan sikit. Sebab, ditayangkan kat RTM. Aku susah sikit nak bukak RTM ni. Tak pasti pula kenapa. Bila tgk pelakon dia, huhuhu... sangat-sangat menyesal coz hero dia Zulhuzaimi. Then, mulalah misi mencari download link utk mendownlad drama ni...
Novel ni, mengisahkan kehidupan sorang Novelis yang kesunyian kerana kehilangan kekasih. Arianna(Anna), menangisi pemergian kekasihnya Razif dalam suatu kemalangan secara tiba-tiba. Semasa dia melanjutkan pengajian di peringkat masters, dia menggunakan komuter untuk berulang daripada Nilai ke KL Sentral. Di situlah dia terpandang seorang jejaka pada hemat dia, sesuai dijadikan hero bagi novel terbarunya. Noverl berkisar kehidupan peguam muda yang mahu dinamakan sebagai Firas.
Dan kebetulan pula lelaki itu menegurnya. Suatu kebetulan yang unik nama lelaki itu adalah Firas Ali dan jawatannya adalah Peguam. Kemelut bersama Firas muncul bila Firas dapat tahu, Anna merupakan seorang novelis dan telah menghasilkan karya mengenai dirinya. Firas rasa tertipu dan merasakan Anna menggunakannya. Anna tidak keruan. Di saat Firas meninggalkannya, dia sedar, kasihnya telah berbunga.
Syafiq, kekasih pertama Anna datang kembali memujuk. Kerana kekecewaan terhadap Firas, Anna menerima lamaran Syafiq. Namun ego keluarga Syafiq menyebabkan lamaran dilambat-lambatkan. Ibu Anna kecewa kerana begitu mengharapkan Anna bersama Syafiq. Muncul Eizlan, peminat misteri yang seirng mengirimkan bicara puitis kepada Anna. Lagaknya mengingatkan Anna kepada Razif. Kehadiaran Shafiq tidak mampu meleraikan rindu Anna kepada Firas, sebaliknya selesa dengan Eizlan yang tidak pernah dikenalinya.
Pertemuan kembali Anna dan Firas menjadikan cinta mereka kembali bersatu. Keobsesan Eizlan menyebabkan Anna ketakutan. Langkah drastik diambil. Anna dan Firas ditunangkan dan akan disatukan dalam masa terdekat. Ketika itu, Anna terserempak dengan Razif. Lelaki itu hidup kembali. Dalam kekalutan itu, mereka berkhawin juga. Tragedi Firas ditawan kliennya menjadikan hubungan Anna dan Firas renggang. Apakah yang berlaku sebenarnya.
Endingnya macam cepat sangat. Rasa macam tak puas.huhuhuh..
Rate:4/5
No comments:
Post a Comment