11 March 2013

Matahariku - Aina Emir



As Salam....

ni lah rasanya aku ambil tempoh paling lama nak habiskan sebiji novel. bukunya tak tebal, cuma 537 muka surat sahaja. tapi aku ambil masa hampir 2 minggu... kenapa ya??? bukans emangat membaca tak ada.. tapi sebab asyik dengan persekitaran... bz dengan kerja, risau pada sahabat handai di sabah dan juga demam yang mengganggu selama dua- tiga hari yang lepas. tu sebab, projek membaca pun hilang begitu sahaja.. sekarang pula, kesan ubat masih lagi mengawasi badan, terasa masih lemah. ni yang tak suka makan ubat ni, nak-nak ubat selsema.. habis lumpuh rasa badan..
Okeylah, kita back to novel. novel ni aku pinjam kat library sekali dengan Terbanglah Sayang dan Kau Laksana Bulan. Kira tiga bijik sekali pinjam buku Aina Emir. amat berpuas hati dengan kak Aina ni, walaupun baca buku 3 biji serentak, tapi jalan cerita dan ideanya langsung tak sama. gud job..

mengisahkan bagaimana Syakirah Wazir yang lahir dari keluarga besar En. Wazir. Keluarga besar yang dimaksudkan adalah, en. Wazir mempunyai 3 isteri. ibu Syakirah pula merupakan isteri ke-2. namun begitu, Syakirah merupakan anak bongsu kerana ibu tirinya yang ke-3 tidak mempunyai anak dengan ayahnya tetapi ada anak menurusi perkhawinan terdahulu. krisis hidup Syakirah bermula apabila dia di hantar ke Abu Dhabi oleh majikannya. di sana dia telah berkenalan dengan seseorang tetapi, namanya tidak diketahui. rakannya Nurina, begitu meminati lelaki tersebut. 

Pulang ke Malaysia, mamanya sibuk menyuruhnya berkhawin dengan Khai, anak kawan baik mamanya. Syakirah memang tidak berkenan dengan lelaki itu. kegawatan dan keuzuran ayah Syakirah membuatkan mamanya yang materialistik mendesak untuk dia berkhawin. Tapi dia tetap berkeras. pada ketika itu, dia berkenalan dengan 'Y' menurusi chatting.. 'Y' adalah kenalan majikannya kak Amani dan Adam. dan akhirnya mereka bersua juga apabila 'Y' datang ke malaysia. terkejutnya syakirah kerana Y adalah jejaka kegilaan Nurina semasa di Abu Dhabi. Namanya Eyyad. berlaku salah sangka antara mereka sedangkan mereka begitu rapat di dalam dunia maya sehingga lelaki itu selalu mendengar luahannya tentang masalahnya bersama keluarganya  yang tak pernah sudah-sudah itu.

setelah ibubapanya bercerai, ibunya berkhawin lain. Syakirah tidak mahu tinggal bersama keluarga baru ibunya. dia membawa diri. dia tinggal di rumah yang disediakan oleh Eyyad. Eyyad hanya sesekali datang ke Malaysia. setelah itu, ayah syakirah pula tenat dan terkena kompilasi jantung. dan Eyyad jugalah yang membantu membayar pembedahan. kakak syakirah, Kiranah mula syak yang bukan-bukan. setelah diselidik, dia dapat menghidutentang kemewahan hidup syakirah. cerita itu sampai kepada pengetahuan ayahnya. mereka menyangka syakirah menjadi perempuan simpanan Adam majikannya kerana syakirah memberitahu dia meminjam wang daripada Adam. setelah bertemu Eyyad, bapa syakirah menyuruhnya menikahi syakirah demi menjaga nama baik keluarga. lelaki itu okey sahaja, tetapi memandangkan dia bukan rakyat malaysia, mereka perlu menikah di selatan Thai untuk mengelak prosedur yang remeh temeh.

bagaimanakah kesudahannya. bagaimana syakirah berdepan dengan isteri pertama eyyad? reaksi mamanya bila mengetahui syakirah berkhawin dengan orang kaya?juga bagaimana dengan penerimaan Amani yang suatu ketika dahulu pernah menaruh hati kepada Eyyad?Aina Emir bijik membuatkan pembaca tak sabar mengetahui kisah sebenar...


rate :4/5

No comments:

Post a Comment