Mengisahkan Lysa Lafisya terpaksa berkhawin dengan Rafeeqi setelah ditangkap khalwat. Rafeeqi dan Lysa sememangnya mengenali antara satu sama lain kerana mereka dari universiti yang sama. Tetapi, sebenarnya Rafeeqi amat membenci Lysa kerana menganggap Lysa lesbian. Lysa membesar di rumah anak yatim sangat rapat dengan Nadieya. Hubungan rapat antara mereka telah disalah ertikan dianggap sebagai lesbian. Pernikahan Lysa dan Rafeeqi amat disenangi oleh ibu Rafeeqi kerana dia merupakan penaung rumah anak yatim yang pernah didiami oleh Lysa dan dia sememangnya mempunyai niat untuk menjodohkan Rafeeqi dengan Lysa.
Di awal perkhawinan, mereka sentiasa bertengkar. dan akhirnya Rafeeqi dan Lysa berkawan. tetapi akan meleraikan perkhawinan mereka selepas 6 bulan. ketika itu, Lysa mula jatuh hati kepada Rafeeqi namun, kenyataan Rafeeqi yang dia akan terus setia kepada arwah kekasihnya yang telah 4 tahun meninggal dunia membuatkan Lysa berjauh hati. Lysa nekad melarikan diri ke Singapore setelah bercerai. setelah itu, barulah dia sedar, dia menyintai Lysa. tetapi sangkanya Lysa melarikan diri kerana kecewa Ilham yang disangkakan kekasih Lysa telah menikah dengan gadis lain.
Sepanjang tempoh 2 tahun, Lysa langsung tidak pulang ke Malaysia. tetapi, akhirnya dia terpaksa akur kerana perlu juga kembali ke Melaka atas urusan kerja. dan kemudian sekali lagi kembali apabila menghadiri perkhawinan adiknya Nadieya. Rafeeqi cuma mendekatinya. tetapi Lysa menolak. apabila dia melihat Lysa berjumpa dengan Ilham, hatinya dipagut cemburu. akhinya Lysa mengalah untuk berjumpa dengannya.
di dalam perjalanan, mereka telah diculik. ketika itulah sesi luahan perasaan berlaku. dan mereka berjanji untuk berkhawin semula apabila telah selamat. tetapi, Lysa pula cedera ditikam kerana mahu menyelamatkan Rafeeqi. Sekali lagi Rafeeqi dihambat sesalan dan rasa bersalah. dia melarikan diri.
Happy ending bila Lysa dapat mencari Rafeeqi dan mereka kembali bernikah.
Rate 3/5
No comments:
Post a Comment