28 March 2013

One Day You'll Be Mine - Inawza Yusoff




arghhhh... seriuslly, baca novel ni kat penulisan2u dan juga blog penulisnya. then tengah hari tadi baru sampai... kira hot from oven lah.. memandangkan dah baca kat blog dan penulisan, so, aku skiplah yang dah baca.. sebab x sabar nak baca kesudahan kisah Nik, Ehsan dan juga Fitri ni... tapi... huh... sedikit takut untuk mengkritik novel ni.. bimbang pula kritikan aku nanti akan mengundang tidak puas hati di hati novelis yang terlibat. tapi, honestly.. just my opinion sahaja.. tulus suci dari hati yang murni... so, buat penulisnya, sekira terjumpa review yang aku buat ni.. jgnlah terasa sgt.. setiap orang punya pendapat berbeza... ok???
Ni sinopsis di belakang buku ni... eh.. ni bukan sinopsis ni.. sekadar sedikit sedutan....


Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!
Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.
“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!
“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.
“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”


Memang aku tak sabar baca.. sebab aku rasa macam nak tukar jer tajuk novel ni jadi One Day I'll always be yours....hahhahaha kenapa.. sebab novel ni digarap dari sudut Fitri. bukannya Ehsan. gaya bahasanya sempoi... tapi kadang-kadang agak skima sikit ayatnya terutama bila bercakap dengan Ehsan. May be sebab perangai Ehsan kot. tapi aku suka garapan ini. membaca segala isi hati Fitri. itulah aku gambarkan. sebab, semua yang Fitri fikir, semua yang Fitri rasa.. semua yang Fitri tak nak fikir.. sangat jelas digambarkan. tu yang aku nak tukar tajuk tu.. hihihi...

Tapi, aku tak suka watak Ehsan. sebab aku keliru dengan sikap dia... dia tunjukkan dia benci .. tersangat benci pada bekas isterinya. tetapi, pada masa yang sama, dia asyik duk belek kamera pemberian bekas isterinya 24 jam... then bila Fitri dah rosakkan kamera itu, dia kata memang x boleh ganti coz ada sentimental value... hemmm.... 

aku juga keliru dengan card yang tercatat "One Day" yang diberikan oleh seorang rakan Asyraf semasa Fitri masih belasan tahun. dan separuh lagi card "You'll be Mine" masih lagi disimpan oleh lelaki itu. come onlah... Ehsan tu lelaki.. dan benda tu sekeping card... dan Ehsan dah bercinta dengan Mega Ariyana dan berkhawin dengan wanita itu. walau apapun situasi Riya, sebabkan cinta kepada gadis itu, dia sedia berkorban. tak kan dia masih simpan card tu... fine. pendapat masing²kan.. tapi, berdasarkan pengalaman aku, card macam tu, sure senang hilang.

lagi satu, Ehsan sukar melafazkan perasaan dia kepada Fitri... so, aku tak berapa meminati lelaki itu.. hahhaha... dia hanya mampu menunjukkan cemburunya. tetapi, perasaan sayangnya dia tak berani tunjuk. huh... cinta dalam diam.. memang menyakitkan. tapi aku pelik... apa tujuan dia pergi cari Riya??? nak selesaikan masalah dia dengan Fitri ke??kalau ya, kenapa ambil masa sampai 4 bulan... pujuk Riya??? cara dia umpama nak kembali kepada Riya. dan macam dia masih sayang pada Riya.. uh.. memang aku tak faham dengan Ehsan.. dahlah tu...siap jual rumah ngan kereta bagai.. macam dah x nak balik.... tahniah kepada penulisnya kerana berjaya membuatkan aku keliru tentang Ehsan. tapi bukan Ehsan sahaja aku keliru, Nik pun....

Family Fitri memberitahu, Nik hanya cedera ringan sahaja masa kemalangan yang konon-kononya meragut nyawa Nik itu. Tetapi, semasa di rumah Nahda, Nik bagi gambar dia yang sedang tenat akibat kemalangan tu. Gambar dengan wayar berselerak dan juga mukanya yang sedikit cacat... hemmm... dan katanya lagi Nik memang dah ada masalah psikologi dari kecil. kenapa pula dia salahkan Fitri. dia kata Fitri yang buat dia merana akibat kemalangan tersebut. tapi, may be sebab dia memang dah psiko lah kan.. suka menyalahkan orang lain dan membuat andaian.

Aku suka watak Ellisa, adik Ehsan.. she so cute.... aku rasalah .. hehehheh... dan lagi satu...pasal cover buku tu sendiri.. memang menggambarkan Ehsan.. sebab camera kan... memang kena dengan tajuknya... tapi kalo tajuk tu tukar jadi tajuk yang aku suggest tu, kena tukar jadi gambar prototaip kot... hahha... Fitri kan jurutera... ending dia.. happy ending... 

Rate: 4/5

6 comments:

  1. Salam ^^

    Terima kasih kerana sudi mendapatkan ODYBM. Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa untuk menatap nukilan yang tentunya penuh dengan kekurangan ni.
    Saya hargai sangat-sangat.

    Oh saya nak bagitahu satu rahsia, Ehsan tu based on watak sebenar
    Dan memang betul dia simpan kad tu walaupun dah lama haha :)

    Thank you for such a thoughtful review.

    P/S: Mohon share review boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...

      thanks kerana sudi singgah... biasalah.. 1st novel.. kalo saya sendiripun, pastinya tak dapat nak garap dan buat novel setebal itu. Betul ke Ehsan tu wujud.. oh may... mmg x faham dgn dia.. tapi mmg giler sweet kalau dia boleh simpan card tu.. tapi, may be sbb card tu mmg bawa makna dlm hidup dia...

      sorrylah kalo terkecik hati dgn review ni. ini hanya pendapat saya. selamat berkarya. tak sabar nak tunggu ur next baby... boleh jer nak share review ni..

      Delete
  2. saya suka jalan cerita dye..penuh dengan misteri dan macam2 rasa..hahhaah...:)..keep it up and good luck..may Allah bless u alwaysss...

    ReplyDelete
  3. Anon
    Hemm... mmm


    nor aliah
    x ingatlah pulak berapa bab.. tapi tebal jugaklah sebab ada 9++ muka surat. ada setengah org boleh habiskan dalam masa satu hari jer..

    ReplyDelete
  4. sampai skrg pon saya konpius baca novel ni.. mmg pening..

    ReplyDelete