Ni novel kedua aku baca dari penulis Aifa Batrisya. Novel pertama dia yang aku baca, Khawin Ganti.So far not badlah ...tapi aku rasa yang ni lagi menarik. banyak joke dan juga lebih bijak.. maklumlah.. dah ada pengalaman sebelum ni...ni blog penulisnya ...
apa yang menarik, penulis juga turut masukan dua watak utama dalam khawin ganti iaitu Mya Zara dan Lukhman Hakim.. hehhehe.. bagus. sekurangnya watak mereka terus subur. tapi x pastilah pulak watak Syed Nadzhan ataupun Afnan Tasneem pernah wujud ke tidak dalam Khawin Ganti. Tasneem confirm tak kot.. tapi Doktor Syed tu tak pasti. Ingat-ingat lupa.
Mengisahkan lelaki berhati beku dan anti perempuan bernama Syed Nadzhan, telah meminta pertolongan rakannya Doktor Lukhman Hakim untuk bereksperiman dengan bekerja dengan wanita. Lukhman telah menghantar salah seorang pelajarnya Afnan Tasneem yang agak lurus bendul orangnya untuk menjalani latihan praktikal bersama Syed Nadzran. Namun, hal itu telah menjadikan Syed Nadzhan tidak tentu arah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh cinta kepada gadis itu.
Pernikahan papa Syed Nadzhan dengan mama Afnan Tasneem telah menyebabkan mereka menjadi adik beradik tiri. hubungan mereka masih lagi tidak berubah. sentiasa bercakaran antara satu sama lain. Kehadiran Adam, juga pelajar di bawah seliaan Syed Nadzran mula jatuh cinta kepada Tasneem. Tidak cukup dengan itu, Syed Emir, sepupu kepada Syed Nadzran, yang juga seorang playboy turut jatuh cinta.
Aku suka watak Syed Emir ni. romantik tu. dah lah pandai buat lawak. dan yang paling penting, dia mendendangkan lagu terukir di bintang untuk Tasneem sehingga mencairkan gadis itu. yang pasti, bukan gadis itu sahaja yang cair... aku pun turut cair sekali.. perghhh... memang terbaiklah cara dia.. hahahha....
apabila kedua ibubapa mereka meninggal di Jepun, Syed Nadzran mengambil keputusan bernikah dengan Tasneem... dan aku juga turut rasa kecewa bila Syed Emir turut kecewa... tapi seriusly... aku suka watak Syed Emir... huhuhuh...
Happy ending.... tapi, tak macam novel² yang lain... diarang ni x sempat dapat anak lagi.. kira baru lagilah mereka kawen dah tamat cerita... tapi agak ralat sikit bila Syed Nadzran belum sempat ceritakan kepada Tasneem hubungan lelaki itu dengan Lukhman Hakim... sebenarnya, aku main agak jer pasal cubaan ekperiment si Nadz tu.... tapi sampai sudah x tahu cerita.... sabar jerlah...
Rate: 4/5
No comments:
Post a Comment