ni blog penulis dia. So far oklah novel ni... si penulis bijak jugak mengheret pembaca utk terus membaca. tapi perasaan aku bukan nak tahu sebab munasabab Nuqman meninggalkan Zara tetapi aku lebih tertarik bagaimana mereka akan menjalani hidup mereka.
Mengisahkan bagaimana Luqman Hakim terpaksa menggantikan kembarnya Nuqman Hakim yang tiba² menghilangkan diri pada hari penikahannya.Luqman sebenarnya keberatan untuk menggantikan Nuqman kerana dia rasa, belum tiba masa untuk berkahwin kerana pada masa itu, baru berumur 23 tahun. Lagipun dia tidak kenal kekasih abangnya itu iaitu Mya Zara. Dan sebab utama dia x mahu dituduk perampas kerana dari kecil dia memang suka merampas apa sahaja barang kembarnya itu.
Tetapi, bila memikirkan bapanya yang ada penyakit jantung dan ibunya menghidap tekanan darah tinggi, atas pujukan kakak sulungnya Nuha, dia rela juga. Tetapi, ketika bertengkar dalam menjelaskan identitinya kepada Mya Zara, bapanya mendapat tahu, dan akhirnya meninggal kerana serangan jantung.
setelah itu, bermulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri di atas kertas. Luqman menyatakan kepada Zara, dia akan memulangkan Zara kepada Nuqman. Dan hubungan mereka sememangnya dingin. Akhirnya semakin dekat apabila Mya Zara bertugas sebagai tutor dan mengajar Luqman di UTM. Perasaan Luqman makin berkecamuk bila seorang lecture menaruh hati kepada Mya Zara.
Tapi kan.. aku confuse sikit novel ni... memula dia ckp, Luqman dah di tahun akhir pengajian... tetapi dah sampai hujung cerita, kata mereka dah kawen hampir 2 tahun padahal masa tu, Luqman dan abis lagi final project nyer.. lagi satu, Mya Zara selalu mengadu masalahnya dengan seorang rakan rapat iaitu Farisya... memula katanya Farisya mengikut suami dan menetap di JB,... tetapi dah hujung² Farisya dah bujung dan belum kahwin pulak.. ker aku yang mamai.. maklumlah.. mau habiskan jugak baca novel ni hari ni jugak...
pergolakan berlaku bila Nuqman muncul.. tapi mcm x ummphh sangatlah conflict dan penyelesaian.. apapun.. oklah...
Rate:4/5
No comments:
Post a Comment