02 January 2013

Ingin Ku Sentuh Cintamu - Aryanie Ismail



novel ni aku beli sebab ader promotion kat kaki novel... baca sinopsis mcm ok jer.. then aku belilah...

mengisahkan seorang guru bernama Haniza yang memang mencintai bidang perguruan. first posting dia adalah di Tanah Merah Kelantan. walaupun agak jauh dari keluarganya di Kuala Lumpur, tapi dia masih mahu pergi kerana cintanya kepada bidang pendidikan. 

di sana, dia berkenalan dengan Puan Ratna yang mana meminta dia mengajar anaknya Amanda,  yang berusia 7 tahun. Amanda tidak dihantar ke sekolah biasa kerana menghadapi trauma setelah kematian suaminya.Kehadiran Haniza ke rumah agam Puan Ratna menimbulkan rasa tidak senang hati kepada bibik Asis, orang gaji di situ.

Seminggu bekerja sebagai guru ke pada Amanda, mereka dikejutkan kematian Puan Ratna ketika pulang ke Indonesia. Tidak cukup dengan itu, Puan Ratna juga meninggalkan amanah supaya Haniza menghantar Amanda kepada adik iparnya Iskandar. kerana amanat itulah, Haniza meletak jawatan, mcm x logik pulak kan...dan pulang ke KL mencari Iskandar berpandukan alamat yang diberi oleh peguam Puan Ratna.

Iskandar seolah-olah tidak mahu menerima Amanda kerana sememangnya dia tidak mengenali Amanda. Dia tahu arwah abangnya mempunyi anak tetapi tidak pernah berhubung dan mengetahui mengenai Amanda. Kerana itu, Haniza perlu berada dan tinggal dengan Iskandar bagi memastikan Amanda tidak didera atau dipersiakan. Amanat punya pasal la ni.. tapi aku heran jugak.. kalo aku jadi mak bapak Haniza ni, sure aku piat telinga,... rumah diarang bukan jauh pun satu KL jer.. duduk jerlah rumah sendiri... tapi penulis menggarapkan kisah ini sebegitu..

putik² cinta antara Haniza dan Iskandar berputik dalam diam.. kejadian culik oleh musuh Iskandar telah menyedarkan lagi cinta Iskandar kepada Haniza... happy ending...

Rate: 3/5


3 comments:

  1. Salam

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca novel ini. Terima kasih juga atas komen yang diberi. Novel pertama memang ada kekurangan..itu terpaksa di akui hehe, sepatutnya harus membuat serba sedikit kajian.

    Berkenaan meletak jawatan sbg guru tu hehe..barulah tahu mmg tidak logik nak meletak jawatan sbg penjawat awam secepat itu. hee..maklumlah saya bekerja di syarikat swasta.

    Insya Allah akan perbaiki penulisan saya dari semasa ke semasa.

    Terima kasih sekali lagi....

    ReplyDelete
  2. Salam singgah... 1stly.. thanks sebab sudi singgah di teratak buruk ni... hehhehe.. 2nd... minta maaf. bukannya nak menjatuhkan... tapi, biasalah karya pertama... dan pendapat masing² adalah berbeza. itu yang menjadikan sesebuah karya itu berbeza. pasal letak jawatan tu, x logik bg saya, bukak sebab cepat sgt.. tapi, rasanya watak Haniza memang cintakan bidang perguruan. macam x logik dia boleh abaikan minat dia begitu sahaja. lagipun dalam perkhidmatan awam, kalau dah letak jawatan, susah nak masuk balik. kecuali kita cuti tanpa gaji.. it's ok my dear.. kita belajar dari kesilapan.. anyway.. tahniah.. x semua org ada bakat menulis... memang sekarang ni ramai penulis² muda.. tapi kadang kala rasa idea diarang sama sahaja... terus berusaha.. majulah penulisan untuk orang² macam saya (gila novel).. hehehheheh

    ReplyDelete
  3. Salam....It's ok....At least you dah cuba utk menulis....Tahniah....

    ReplyDelete