17 January 2013

Seharum Kasih - Aina Emir

Mengisahkan Rasya Aleeya yang hidup dengan atok dan nenek setelah ibu bapanya berpisah. Perkenalan dengan jejaki misteri melalui telefon membuahkan rasa rindu antara mereka. tetapi Rasya takut.. takut ditinggalkan.

mereka akhirnya bertemu juga di majlis perkahwinan tuan empunya badan yang memberikan no telefon Rasya kepada Reeza. akhirnya, bunga² cinta kian mekar di hati mereka.... namun, panas yang disangka ke petang tu, terganggu dek hujan di tengah hari. cinta mereka di landa badai.. akhirnya Rasya bertindak terburu-buru dengan menerima pinangan Fahmi, sepupunya sendiri.

Namun, setelah kebenaran terbukti, Rasya terkedu dan menyalahkan diri kerana terburu-buru membuat keputusan. Namun dia nekad untuk memutuskan pertunangannya dengan Fahmi. Sayangnya, keuzuran ibu Fahmi memaksa mereka untuk bernikah juga.Namun, apabila ibu mertuanya menemui ajal seminggu setelah akad nikah, Fahmi dan Rasya berpisah secara baik.

Sayangnya, Rasya masih dengan sikap terburu-burunya. Dia tidak terus mencari Reeza. Kerana baginya, dia telah mengecewakan Reeza dan dia tidak mahu menyakiti Reeza lagi. Sedangkan tanpa pengetahuannya, Reeza menderita kemurungan dan dihantar ke Indonesia untuk menjalani pemulihan jiwa di sana.

Pertemuan kembali Rasya dan Reeza memutikkan kembali bunga-bunga cinta. namun, kerana kesilapan Rasya sekali lagi, Reeza menjadi tunangan orang... hishk.. Rasya ni...tapi happy ending jugak novel ni.... ada pengajaran yang aku rasa cukup baik.. kalo nak baca review yang lagi panjang, leh baca kat .sini....

Rate: 4/5 
Moral: PIKIR DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN....FIKIR MASAK2

No comments:

Post a Comment