28 January 2013

Rindu Milikku - Rohani Abd Aziz


Kisah insan istimewa bernama Miznaina yang dilahirkan tidak sempurna. Akibat kekangan kewangan, pembedahan untuk menyempurnakan dirinya akibat sumbing hanya berjalan separuh jalan. Kerana keasaannya yang tidak sempurna, dia sering merendah diri dan tidak yakin kepada diri sendiri. Semangatnya juga hancur apabila cintanya juga dipersia apabila kali pertama bertentang mata dengan jejaka yang menyintainya  selama 2 tahun akhirnya meninggalkannya setelah pertama kali bertentang mata. Keadaan iru membuatkan dia menghadapi tekanan emosi. Mujurlah kehadiran rakan-rakan yang ikhlas berkawan dengannya seperti Aida, Suzie dan Hamdan yang sentiasa menyuntik semangat membara kepadanya.

Perkenalan dengan Hairul menerusi laman Myjodoh melahirkan perasan indah dihatinya. Apabila bertemu, Hairul sedikitpun tidak menghina kekurangan diri Nina. malah menerima diri Nina seadanya. Cinta yang disulam akhirnya berterusan hingga perancangan -untuk bertunang. Nina sebolehnya mahu mengelak pertunangan kerana baginya, dia masi9h belum mengenal hati budi Hairul sepenuhnya memandangkan mereka baru berkenalan 3-4 bulan sahaja. Tetapi Hairul dengan kedegilannya telah membuatkan mereka bertunang dalam keterpaksaan.Nina mengikut rentak Hairul dan atas desakan keluarga maka dia menerima Hairul memandangkan dia sudah berumur 28 tahun.

Namun bahagia cuma sementara apabila Hairul tiba-tiba berubah. Tiada lagi SMS dan panggilan telefon seperti biasa. Hendak berjumpa jauh sekali. Akhirnya terdedah juga rupanya gapabila Hairul menjelaskan bekas kekasihnya menghubunginya kembali dan dia juga mengaku masih menyayangi bekas kekasihnya itu. Mereka bertengkar dan hubungan semakin dingin.

Tanpa diduga, keluarga Hairul datang memutuskan pertunangan tanpa pengetahuan Nina. Sekali lagi Nina mengalami tekanan emosi yang hebat. Namun, akhirnya dia pasrah. Tidak lama setelah itu, tiba-tiba Hairul memujuknya kembali. Tetapi kasih itu hanya sepi begitu sahaja. Rupanya dia telah ditunangkan dengan pilihan ibunya sendiri tetapi memohon untuk Nina menunggunya memujuk ibunya menerima perhubungan mereka.

Dalam pada kemelut bersama Hairul, Nina juga mempunyai permasalahan dengan rakan kongsinya Farah dan Lela. Mereka membebankan Nina dengan hutang-hutang kedai yang hampir mencecah 80K sedangkan mereka sesenang hati membuka kedai lain di Melaka. Mujurlah Nina bijak menanangi permasalah ini dengan merujuk kepada Perbadanan Usahawan yang membantu mereka dalam menguruskan perniagaan mereka.

Apabila masalah selesai, Nina kembali ke kampung halamannya dengan harapan dan semangat baru. Namun ketenangan itu tergugat apabila menerima SMS dari Hairul. Bagi aku Hairul memang pengecut dan tak tetap pendirian. Namun sakit hati juga dengan Nina, selalu sangat mengalah dengan Hairul hingga maruahnya dipijak-pijak .. Girls.... jangan jadi macam Nina ok.... kita perempuan mesti kuat.

Rate: 3/5

No comments:

Post a Comment