Ni novel kedua Mazni Aznita yang aku baca. Yang 1st tajuknya Street Vendetta. Memula baca novel ni, aku ambik mood yang lama jugak lah, sebab seakan-akan kalut sikit... tapi bila baca terus menerus rasa menarik pula... dah terasa macam tengok Mulawin pulak...dan nilah novel pertama aku rembat tanpa baca sinopsis kat belakang dia...???boleh...???sebenarnya nak cepat.. just grab jer buku yang tajuk rasa menarik ... memula ingatkan kisah cinta mcm biasa ... tapi bila baca...wow... ni buku Ramlee Awang ke ni... semaca jer......
Kisah bagaimana percutian 2 beradik Arina dan Chaiyi berakhir dengan kehilangan Chaiyi di Filipina. Dan Arina yakin, adiknya diculik. Arina dihantar pulang ke Malaysia oleh polis Interpol. Dalam perjalanan pulang, dia berjumpa dengan Alwiz. Lelaki itu mengugut akan mencederakan adiknya sekiranya Arina tidak mengaku dia adalah tunang Arina dan membawa lelaki itu ke rumahnya.
Setelah berjumpa dengan ayahnya, lelaki itu mendapat kepercayaan untuk membawa Arina. Malang x dijangka apabila seluruh anggota keluarga Arina dibunuh. "Kepeningan" Arina memuncak apabila dia sekali lagi muncul di Filipina dan dihidangkan dengan beberapa kisah yang x berapa diterima akal warasnya. Siapa sebenarnya Arina, Alwiz, Nakhael, Jerry dan Kim.
Cerita ni memang menarik... kisah dunia dua dimensi. sungguh bijak penulis ini berimiginasi... tapi, aku memang pujilah penulis ni... babak pertempuran yang dicipta memang terasa macam real... bila dah habis baca novel ni, rasa macam tergantung jer... sebab Kiega & Emma hilang macam tu jer... Ketsu pu masih berdendam dengan Arina...
then aku x puas hati, bila carik blog penulisnya di sini, rupanya, penulis dia ader buat Kasihku Arina 2...ala.... ni yang x best ni... bukan aper... x berapa suka citer yang sambung² ni.. seksa azab nak nunggu sambungan la sebenaarnya... tapi aku jenguk jugak la... sambungan dia ... tapi baru ader sampai bab 10 jer... hemm.. jenuh jugak la nak menunggu nyer... hai.. aperlah nasib badan....
No comments:
Post a Comment