01 January 2013

Review : Lelaki Versi Dia - Aireen Aryana



aku suka novel ni.. dia boleh membuatkan aku sengih sepanjang masa... walopun x boleh tandingi gelak aku semasa baca ASC dan CHA, tapi ader jugak le sesekali keluar gelak aku.... sebab ni novel baru keluar... kira hot dari oven, si aku best sinopsis dari kaki novel  ... ni... 


LELAKI VERSI DIA – AIREEN ARYANA No. ISBN:- 978-967-5067-55-6 Jumlah muka surat:- 432 SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00 SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
“Dia yang kusut, dia serabut, dia yang membuat hatiku terpaut....”
Sinopsis:-
Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.
Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.
“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”
“What?! Are you kidding?”
Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.
“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya.  Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.

dan ni review aku. mengisahkan kegilaan Arwin Raisha terhadap sepupunya Wan Aakif Akmani sedari umur 8 tahun sehinggalah lelaki itu meninggalkan kerana melanjutkan pelajaran di US ketika dia berada di tingkatan 3. Cinta itu pudar sebegitu sahaja... iyalah cinta monyetkan... lagipun sikap Wan Aakif yang agak sombong itu dan pergi tanpa perkhabaran membuatkan hati Arwin beku. Arwin sedar, cinta dia bertepuk sebelah tangan sahaja...

setelah 6 tahun, Wan Aakif telah mengalaman kemalangan jalan raya di US dan hilang ingatan. Untuk membawa dia kembali ke tanah air, ibunya Auntie Zita, memujuk Wan Aakif pulang dengan alasan untuk berjumpa dengan tunangnya. dan... yang menjadi mangsa adalah Arwin. pada mulanya Arwin tidak bersetuju tetapi kerana termakan pujukan Auntie Zita, Arwin terpaksa juga menjadi tunang olok² Wan Aakif.

pertemuan pertama antara Arwin dan Wan Aakif telah menimbulkan perasaan jengkel di hati Arwin. Wan Aakif terlalu banyak berubah.dia menyimpan rambut panjang, bertindik dan juga bertatu...menurut Auntie Zita juga, Wan Aakif hidup seperti orang US.. drinking, smoking dan berpeleseran di US.. huishk.... Arwin naik risau kerana Wan Aakif memang membencinya dari dulu lagi, sekarang dia terpaksa berlakon untuk memulihkan Wan Aakif...

Wan Aakif pelik sebenarnya kerana merasakan dia seakan-akan begitu tergila²kan Arwin sedangkan Arwin langsung tidak melayannya hinggakan terfikir mereka terpaksa bertunang tetapi Arwin tak suka dia... Arwin serba salah kerana macam mana dia nak mesra dengan orang yang sememangnya tidak mesra dengannya. Banyak perubahan yang dilakukan oleh Wan Aakif untuk merapatkan hubungannya dengan Arwin termasuk memotong rambut dan juga membuang tatunya.....dan dia terus terusan mendesak untuk berkahwin dengan Arwin. Arwin pada mulanya takut kerana sememangnya dia hanyut dan terbuai perasaannya dengan Wan Aakif versi lupa ingatan ini.. kerana sememangnya Wan Aakif ini amat menyenangkannya bukan seperti Wan Aakif yang meninggalkannya 6 tahun lepas.... Desakan demi desakan akhirnya Arwin menerima juga pinangan itu....

Tapi, dalam masa beberapa hari sebelum berkahwin, tiba-tiba Wan Aakif menghilangkan diri.. dan pada masa tersebut, Abang Izz, abang Arwin memarahi Arwin kerana membuat keputusan untuk membatalkan pernikahan dengan membelakangkan keluarga. Arwin terkedu. Rupanya Wan Aakif telah menelefon ibunya di kampung untuk membatalkan perkahwinan. Arwin mencari Wan Aakif dan menjumpai sepucuk surat Wan Aakif kepada ibunya. Rupanya dia sudah ingat dan tidak mahu menikahi Arwin, kerana Arwin bukan gadis yang dia cinta. hadoi... parah²....dan Wan Aakif ingin pulang ke US semula..

Arwin mengejar Wam Aakif di airport... nasib baik dia sempat... tapi yerlah... ade lah sikit babak air mata... Wan Aakif seterusnya bersetuju... tapi bermasam muka jugalah sehingga malam pertama. malam pertama, barulah Wan Aakif bercerita tentang kekeliruan perasaan dia sebenarnya.. hisk... macam²... then they were happy...

tapi x abis lagi... conflict besaq x muncul lagi...sehinggalah, Arwin nampak Wan Aakif bersama seorang perempuan seksi bernama Alisya. lebih merumitkan apabila Alisya mengaku pernah tidur dengan Wan Aakif... mereka bergaduh besar.. gaduh besarpun sebenarnya perang dingin... x bersuara hingga satu kejadian di mana Arwin sanggup melarikan diri.. apa kejadian itu, sila baca sendiri ek...

finally, happy ever after jugak.. tapi adelah sikit pergaduhan besar hisk.. salah paham jer sebenarnya... dan ending dia, ada nyatakan apakah perasaan sebenar Wan Aakif pada Arwin masa kecil dulu... so... jangan lupa beli.. ni blog penulis dia...


Rate :4/5

2 comments:

  1. Tq madam Lola atas review yg sngt2 bermakna buat saya.. ^____^

    (aireen aryana)

    ReplyDelete