actually.. novel ni agak lambat sikit aku baca.. sebab.. very bz lately... tapi alhamdulillah....berjaya baca juga.. novel ni agak tebal... rasanya dah lama x baca novel tebal mcm ni... ok..ni review yang aku boleh bagi...
Dendam menjadi sebab utama Nura Alia memijakkan kaki ke rumah Datuk Syed Azman. Dendam terhadap anaknya iaitu Syed Azmi yang cuba memperkosa dan mempermainkan cinta Nura Alia. setelah menjejakkan kaki ke situ, dia ditugaskan sebagai baby sitter kepada Boboy, iaitu abang Syed Azmi yang berumur 27 tahun seorang pengidap autisme . "Budak tak cukup Seringiit" .. itulah nama gelaran yang selalu Alia panggil kepada Boboy...
mereka selalu bergaduh... ialah.. dalam nak menjaga budak Autisme ni, perlu kesabaran yang tinggi... macam kata Alia, muka jer handsome tapi tak cukup seringgit.Demi Boboy juga, dia selalu membuat research mengenai autisme.. hidup dia rasa tank lengkap jika x menjenguk Boboy... hisk.. cinta berputik dalam dia ni... sehingga dia lupakan niat untuk balas dendam dan cuba mengembalikan Boboy sebagai orang normal kerana Boboy memang dilahiran normal cuma ada satu kejadian yang menjadikan dia begini.
bagi aku, penulis ni agak bijak kerana susunan plot memang menarik aku untuk terus ternanti-nanti macam mana Boboy tu leh jadi autisme, kenapa jadi macam tu... dia penulis berjaya rungkaikan satu-satu permasalahan....
satu kejadian tidak diingini berlaku, apabila Nura Alia cuba dirogol oleh Syam, bakal suami yang dia x hingin tu... nasib baik ada Boboy yang selamatkan dia.. mereka ditangkap khalwat... dan dinikahkan... Nura Alia pada mulanya x setuju, tetapi bila diugut oleh abahnya, kalo x nak kawen dengan Boboy, kena kawen dengan Syam. So better dia pilih Boboy... tapi malam pertama pun dia dah buli Boboy....
kisah cinta mereka bermula apabila mereka ber honeymoon di Terengganu... tapi Nura Alia masih x nak mengaku perasaan dia pada Boboy... dan apabila ke Perak, menziarah bapa saudara Boboy meninggal, Nura Alia mula rasa cemburu bila Boboy rapat dengan sepupunya. Di situlah dia meluahkan perasaannya kepada Boboy budak tak cukup seringgit tu.
apabila pulang dari perak, muncul Syed Azmi.. perang meletus bila Syed Azmi merayu ingin kembali kepada Alia... Boboy tak cukup seringgit tu mula menyiasat. Bila dia tahu kebenaran, dia mula menjauhkan diri dari Nura Alia. Pergaduhan tercetus antara Syed Azmi dan Boboy a.k.a Syed Azwan dan menyebabkan Nura Alia tumpah darah. Kerana bimbang keselamatan isterinya dan isterinya dituduh melakukan perkara terkutuk dengan Syed Azmi, Boboy membuat pengakuan mengatakan dia bkn Austisme tetapi hanya berlakon sahaja dan anak dalam kandungan Lia adalah anak dia...
apabila Nura Alia tahu, dia meninggalkan Boboy dan pulang ke rumah family dia... Boboy ni, walopun berumur 27 tahun, tapi pemikiran dia memang x brape nak matang... dia tak berani hadapi kenyataan dah hanya duk bersedih jer.. hisk...masa kat pulau punyalah romantik... ketuk kepala baru tahu....
cerita ni happy ending dan melarat sampai diarang nak dapat 2 anak... tapi agak bosanlah sikit bila si Boboy dah jadi Syed Azwan tu.. hahhaha...tapi yang pasti.. aku senyum sampai langit jer baca citer ni...
Rate : 4/5
No comments:
Post a Comment