07 January 2013

Cinta Edisi Terhad - Lynn Dayana


 huh... agak jenuh juga aku nak abiskan novek Cinta Edisi Terhad (CET) ni... sedikit bosan... merangkak juga nak abiskan novel yang x berapa nak tebal ni...memula agak pelik .. kenapalah banyak watak sagat dalam CET.. ader 3 oarang perempuan Julia Hana, Haida Fatma dan Zira Maya... juga kisah seorang lelaki Taufiq... novel ni... aku rasa agak kelam kabut.. may be sebab aku x fokus sangat kot...


kisah bermula apabila berlaku runtuhan bangunan... terdapat 5 orang mangsa, 2 lelaki dan 3 perempuan.. 2 perempuan, Julia dan Haida hanya cedera ringan tetapi Zira patah tangan kerana tangannya terhempap apa ntah masa runtuhan tu. Yang lelaki pula, Taufiq koma dan seorang lelaki meninggal dunia. Awal cerita hanya muncul cerita mengenai 3 wanita itu sahaja.. pertengahn cerita barulah penulis menceritakan mengenai Taufiq... dan barulah pembaca tahu kewujudan Taufiq... 

Ketiga-tiga wanita itu tidak mahu keluarga masing² mengetahui keadaan mereka. Zira sememangnya tiada keluarga, Haida bermasalah dengan tunangnya Fariz tetapi x mahu merisaukan familynya dan Julia pula ada masalah dengan suaminya yang curang... perkenalan mereka semasa runtuhan telah meluahkan hati masing² dan didengar secara tidak sengaja oleh Taufiq yang sudah koma.

apabila keluar dari hospital, Zira menjauhkan diri tetapi Julia dan Haida masih berhubung. Julia bercerai dengan suaminya dan menetap di Mersing. Dia kemudiannya membuka Teratak Rindu di Pulau Tioman dengan bantuan Haida yang ketika itu, lari dari Fariz.... Zira yang dikenali sebagai hati batu pula mula rapat dengan Qairil.Namun hubungan persahabatan itu semakin rapat apabila Zira amat disukai oleh family Qairil tetapi dibenci oleh Elisya, kekasih Qairil yang cemburu buta. Akibatnya, Zira dicederakan oleh Elisya. 

Zira berkunjung ke Teratak Rindu. Di sinilah mereka semakin rapat dan sentiasa berhubung. Kejadian aneh berlaku apabila seorang lelaki iaitu Taufiq menelefon Julia dan memberitahu akan membebaskan Julia dari sengsara menimbulkan kegusaran hati Julia. Dan kematian Hairul, bekas suami Julia juga menjadi tanda tanya....

Nasib baik Fariz yang hampir menjadi mangsa Taufiq berjaya diselamatkan. Taufiq merupakan mangsa kekejaman seksual yang turut terperangkap dalam runtuhan mendengar rintihan wanita tersebut yang sengsara kerana lelaki.. dia merasakan dia bertanggungjawab untuk selamatkan wanita-wanita tersebut dari kekejaman lelaki... hishk.. memang psiko betol

Rate :3/5

No comments:

Post a Comment