19 January 2013

Indahnya Takdir - Syikin Zainal

Mengisahkan kisah hidup si manis 19, Hartini yang terpaksa berdepan dengan peristiwa hitam di mana dia diculik oleh Faizal, orang suruhan Kamarul dan dirogol.Kamarul nekad merencana niat jahat setelah pinangannya ditolak oleh bapa Hartini  Ketiadaan ibu kandung yang boleh dijadikan sandaran dan tempat mencurahkan perasaan membuatkan Hartini memendam perasaan dan menjadi gadis yang murung. Selama 2 bulan dia memencilkan diri hingga mengabaikan peperiksaan STPMnya.


Namun, keadaanya yang mengandung membuatkan dia terpaksa menceritakan peristiwa itu kepada bapanya. Atas bantuan Pak Longnya dan juga Hakim, sepupu Hartini, mereka berjaya menjejaki Kamarul. Namun, Kamarul bijak menggunakan pulang yang ada dengan merasuah Hakim sebanyak RM300,000 dengan syarat Hakim mengahwini Hartini. Setelah itu, Hakim perlu membunuh anak Hartini dan akan diberi 5% daripada saham syarikatnya. Hakim menjadi tamak dan lupa daratan dan terus bersetuju. Di mata orangtua, Hakim adalah penyelamat.

Mendung hitam menimpa.Layanan dingin daripada Hakim menyebabkan Hartini hidup dalam tekanan.. herdikan dan cacian juga sudah menjadi gula di dalam airnya... Namun, kematian ayah Hartini dan juga anak yang dikandung menyebabkan Hakim terkedu. Dia menangisi pemergian bayi kecil yang sudah mendapat dihatinya. Namun, atas desakan emaknya dan tuntutan hatinya yang sudah mempunyai kekasih, iaitu Intan, menyebabkan Hakim menceraikan Hartini. Timbul satu perasaan aneh dalam diri Hakim, tetapi dia tidak tahu makna perasaan tersebut.

Setelah bercerai, Hartini menyambung pengajian STPM yang terkandas ditengah jalan. Berkat usahanya juga, dia mendapat tempat di USM. Hartini berkawan baik dengan Syidah. Perkenalan dengan Iskandar Kamel membenihkan bunga-bunga cinta di hati Hartini. Kala cinta sedang mekar, Hakim datang menyirami hati. Namun Hartini nekad untuk bersama Kamel. Namun, apabila mengetahui Kamel merupakan adik ipar kepada Kamarul, langkahnya seakan mati. Dia melarikan diri, pulang ke kampung tetapi Kamel berjaya menjejakinya.happy ending.. tapi Hartini kahwin dengan Hakim... sebab munasabab dia terima Hakim tu, aku setuju... tapi aku sedikit kecewa...aku nak dia kawen ngan Kamel... huhuhu

Novel ni aku banyak memberi ruang untuk pembaca berfikir, cinta sahaja tidak mampu untuk kecap bahagia... kekadang cinta akan membawa ke jalan sengsara juga...

Rate:4/5

1 comment: