20 June 2013

Untuk Dia & Subahanallah, Aku Mencintainya - Rehan Makhtar




Subahannallah.. aku tak sangka pula aku baca cerita ni saling kait mengait. ke memang trade mark RM??? Maaflah, memang baru berjinak-jinak dengan RM sebenarnya.Lepas KIM dan  KSC, kini UD & SAM pula. bezanya, UD tentang Zafrin dan Haqmi manakala SAM memang turutan KSC kerana ini kisah cinta adik bongsu Zafra iaitu  Zafrina, seorang doktor.

Untuk Dia

Kisah bagaimana sepupu Anaresa iaitu Haqimah a.k.a Haqmi berkenalan dengan Zafrin. Hemm.. seriusly. aku gelak terkekek-kekek. Senyum je memanjang. I in love with Zafrin. Yes.. You are my boy... hahhaha... cinta antara Haqmi dan Zafrin ni, unik sikit. Bukan setakat kedua-dua manusia tu pelik, namun bagi aku mereka ada tujuan hidup. Pelajaran. Akhirnya mereka bersatu juga setelah tamat belajar.. so sweet.. seriusly.. i like him.. deeply... alahai Zafrin...

Percintaan mereka unik, penuh dengan adegan usik mengusik, duga menduga.. so sweet.. Wajib baca.... memang boleh hilangkan stress...

Rate: 5/5

Subahanallah, Aku Mencintainya


Si cantik manis ni, telah jatuh cinta dengan seniornya semasa di universiti, iaitu Zayed namun sayangnya si teruna tidak menunjukkan apa-apa reaksi. layanan Dr. Zayed sama saja kepada semua orang dan membuatkan Zafrina terasa, dia perlu melupakan lelaki bernama Zayed itu. Kemunculan si kacak Kapten Ziyad, sepupu kepada Zayed menyebabkan lelaki itu tiba-tiba melamar Zafrina.

Sejujurnya, aku suka watak Ziyad. Ya, aku tahu dia kasanova, mulut manis, bla..bla..bla.. tapi aku tetap suka dia. sebab kesungguhan dia tu. dan cara dia memikat tu... emmm.. x soh cakaplah.. pendek kata, memang aku suka... tapi kalau realiti aku jumpa orang macam tu, sumpah aku tak layan. rimaslah. tapi, aku tak tahu kenaoa, kalau baca novel, memang aku suka watak jejaka seperti Ziyad tu.

cerita ni, ringan, tak ada comflik pun. happy ending jer.. tapi sweetlah jugak si Zayed ni, sanggup masakkan nasi goreng untuk isteri tersayang. dan yang paling tak tahan, bila gimik ingatkan Zafrina kahwin dengan Ziyad. Aku ingatkan mimpi, rupanya memang realiti, tapi x derlah betulpun, cuma lelaki tu jer yang masuk dulu. hahhahah.. 

dan satu lagi.. sebab aku sukakan watak Ziyad, aku pada mulanya memang sangka Zafrina akan kahwin dengan Ziyad. Aku duk banyang si Zayed meninggallah.. macam-macam.. hahhaha....sorry ek RM...

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment