20 June 2013

Kerana Sekali Cinta - Rehan Makhtar

 

Rentetan dari membaca KIM, aku pun bacalah KSC ni.. rupa-rupanya kesenambungan kisah KIM juga cuma ini kisah Zafran. Bagaimana cinta pandang pertama si Zafran kepada Anaresa menyatukan mereka. Betullah kata orang, bila cinta itu hadir. tanpa perlu disekat, tanpa perlu diundang, ia tetap terus mekar.




Aku suka watak Zafran berbanding Mukhlis. aku selesa dengan watak ni. Mungkin, watak Zafran lebih dekat dengan aku. Tapi aku keliru juga sebab.. masa Zafran berkahwin dengan Resa, Aryana dah berumur 5 tahu. Ayie dan Aryana beza umur 7 tahun. Maknanya Ayie lahir setelah 2 tahun pernikahan Zafran dan Resa.. tapi, Ayie ada kakak-kakak di atas dia.. hemmm... kena ulang baca balik SAK nampaknya... overall, aku lebih suka kisah Zafran dan Resa dibandingkan kisah Anahara dan Mukhlis. Mungkin sebab mereka ni sweet kot dan tak banyak halangan.

Rate 4/5

No comments:

Post a Comment