09 June 2013

Kata Tak Rindu – Siti Nur Dhuha



Ni novel ketiga aku baca hasil ilham Siti Nur Dhuha. Tapi sebenarnya karya ke-6 dia. Hemmm… pendapat aku yang tak seberapa, aku masih suka gaya penulisannya. Kerana dia masih mengekalkan imej heroin yang sedikit blur, kalut dan bukan dikalangan jelitawan tapi kelakar. 




Mengisahkan mengenai Siti Zafia (Fia) yang kecewa dengan Shahril, kekasih idaman hatinya yang telah bernikah dengan musuh ketat Fia. Kerana kecewa, Fia nekad mendaftar ke agensi mencari jodoh dengan harapan akan berkahwin segera dan bolehlah ditunjuk-tunjukkan kepada bekas kekasihnya Shahril. 


Hemmm… tapi aku rasa sedikit kelaut sahaja karya dia ni. Tak tahu kenapa. Karya yang ni tak berapa mencuri hati aku sampai ketawa hingga orang fikirkan aku tengah baca ujang atau gila-gila. 

Seriously, aku kurang gemar. Jalan cerita dia okey tapi tak suka dengan sikap tak mengenang budi Fia. Apalah sangat menanti cinta yang tak pasti bertahun-tahun lamanya sedangkan org yang dicinta langsung tak sanggup berkorban. Salahkan membahagiakan si dia yang sanggup berkorban harta benda walhal mata sekalipun hingga di buang keluarga,

Aku rasa memang walhal Fia really selfish. Sikap Aezwan yang juga sanggup menggunkan tektik kotor semata-mata untuk mendapatkan Fia kembali. Hadoi.. sedikit pening tapi.. okelah…

Happy ending. Mungkin penulis nak tekankan akan erti sebuah persahabatan. Tanpa menuntut sebarang balasan. Hah???mungkinkan??? tapi tak berapa setuju dengan ulasan “kaki-kaki novel “ yang ada di belakang buku kerana mengatakan seawall 5 bab pertama sudah mula gelak… heheha… aku dah baca sampai bab 8  masa tu, tak rasa gelak pun. Sebab tu bab-bab awal hanya ceritakan tentang perasaan Fia yang tengah kecewa je. Selepas dia ke agensi tu barulah ada part-part yang bolehlah nak gelak. Hemm.. rindu tulisan Siti Nur Dhuha seperti novel pertama dan ketiga dia.

Atau mungkin aku perlu baca miss pisau cukur??mungkin lain sikit kot???we wait n see

Rate 3/5

No comments:

Post a Comment