24 June 2016

PERMATA HATI - REHAN MAKHTAR


PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia

Airmata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin

“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia 

Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin

Di saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di depan mata. Sofia terduduk dalam tangisan bisu. Aizudin bagai mahu tersembam menahan beratnya ujian.

“Dia hanya pinjaman. Sofia relakan dia pergi, abang…” - Sofia.
“Abang juga relakan dia pergi…” - Aizudin.

Tak ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga. Aizudin memejamkan mata. Menyebut nama Tuhan berkali-kali. Redha dengan segala ketentuan bila permata hatinya di bawa jauh pergi. 




AWAS...DISEBABKAN EMOSI MEMBACA MENJADI TING TONG. ULASAN MUNGKIN MENJADI SEDIKIT PJG DAN AGAK TIDAK RELEVAN UTK DITERIMA OLEH ORANG NORMAL.


ML yang nakal. Dapat aje novel terus belek  muka surat belakang. Okey.. x ada masalah.. dan baru nak baca blurp Kat belakang. Maklumlah .. penulis favorite. . Oden x kisah nyo dio nak cerita pasal Apo. .. tentu - tentunya sodap... tp kali ni...zappppp... Oden sontap.  Jalan cerita yg ML paling x suka... kisah org ke-3 dlm rumahtangga. . Kisah suami curang... hadoi... kata lah apa sahaja.. ML memang x boleh.... TOLAK 1 ☆

Tp.. sebab RM... ML gagahkan juga... dengan harapan.. Jgn potong mood... Kalo x... jdlah mcm sebuah buku tu.. terus tersadai sampai sekarang...

Pembacaan dimulakan agak perlahan . dan ML pun agak berdebar2. Jujur ML katakan, walaupun RM.. Novel ni agak Slow. bermula dengan sedikit hambar. langsung x teruja nak baca. may be mind set Dah kelaut Dr awal, patut ada something yg menarik minat. tp PH ni x menjadi.

Bila khilaf Din tersingkap, dammmmmmn├▒nnn. that it? kurang hajor ko Din. Sofia yg x ada apa2, ML pulak yg maki dia lebih2. TOLAK 1☆

ML x suka ziela. Mana pergi aura BFF dia. Dah elok2 sofea  boleh terima kenyataan .. sengaja dia cucuk... iya.. dia x sengaja. Tp cara dia bercakap masa mahu jelaskan keadaan tu.. x mencerminkan kau-bukan-kawan-aku.kau-terimalah-kenyataan.aku-tak-rasa-apa-kau-rasa. derrrrrr.... masa memula laki ko brainwash, ko tahu ko silap. tp time bg result.. mcm pempuan x ada perasaan pula ko ya.

HERMAN. bagi ML, dialah parasit. bermula dgn kehadiran dia mengganggu kebahagian org lain... hadir dia juga meragut bahagia org. tak kenang budi ko ni ya. orang dah tolong dgn susah payah, ko dtg dan pergi mcm tu jer. amanat konon. tak paham ML dgn tahap pemikiran dia. 

TOLAK 1☆
ending bagai x menyempat2. taulah buku ni bosan. tp jgn lah duk gantung cerita ni. Tajuk pasal permata hati. Dan ML mmg boleh agak Dr awal siapa yg akan meninggal . cuma... kehadiran Alex rasanya lebih menarik Dr kisah permata hati yg sorang tu. gelora perasaan Sofea yg lebih byk berbanding perasaan dan masalah Liis hadoi lah karehan ooooiiiiii. penat mak pikir. dah la berminggu baru berjaya habiskan .. tergantung lak... apa kisah Alex seterusnya. 

okey ML Paham.. sbb jd movie kan. . tp x suka la... sbb mcm.... bukan RM..

Rate ☆ jer

No comments:

Post a Comment